Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Kita jangan ambil mudah tentang isu kesihatan mental kanak-kanak ya, parents! Pernah tak anda fikir kenapa kanak-kanak banyak sangat emosi? Ada tak yang rasa kadang-kadang reaksi yang di tunjukkan oleh mereka berpunca dari kita juga? Tahu tak anda, apa yang kita lakukan dengan mereka, akan memberi impak kepada mental mereka? Adakah anak anda kerap menunjukkan perasaan mereka? Pernah tak anda cek dengan pakar atau sesiapa? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kesihatan mental untuk kanak-kanak dan cara mengatasi masalah ini bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 10 Oktober 2022, hari Isnin. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

As'salamualaikum Dr. anak saya dah berumur 2 tahun.. soalan saya kalau kita panggil nama dia .,, dia tak toleh pun... sampai suara dah macam speaker pun sama.. tapi jiran rumah sebelah panggil dia toleh plak. lagi kadang dia memberontak dia ketuk kepala dia kat dinding.. Apa yang harus saya buat tuk atasi masalah ni??

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam saya rasa elok puan bawa anak untuk berjumpa pakar. Ujian pendengaran perlu dilakukan dan penilaian untuk mengesahkan ia bukan masalah autism. Anak yang normal boleh di ajar perkataan supaya ia tidak ketuk kepala di dinding.