Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Kita jangan ambil mudah tentang isu kesihatan mental kanak-kanak ya, parents! Pernah tak anda fikir kenapa kanak-kanak banyak sangat emosi? Ada tak yang rasa kadang-kadang reaksi yang di tunjukkan oleh mereka berpunca dari kita juga? Tahu tak anda, apa yang kita lakukan dengan mereka, akan memberi impak kepada mental mereka? Adakah anak anda kerap menunjukkan perasaan mereka? Pernah tak anda cek dengan pakar atau sesiapa? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kesihatan mental untuk kanak-kanak dan cara mengatasi masalah ini bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 10 Oktober 2022, hari Isnin. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamu'alaykum Doc.. Anak pertama saya usia 4 tahun dan baru nie saya baru lepas bersalin anak kedua.. Anak sulung saya suka buat adiknya sampai saya jadi terlalu emosi.. Masa baru 2 hari discharge hospital , saya menjerit pada anak sulung saya sebab diusiknya adik dia sampai merah2 muka , dicubit , diketuk kepala.. Saya perasan , sejak melahirkan anak kedua , sikap anak sulung banyak berubah.. Siap cakap nak tolak adik sampai jatuh katil.. Bila tanya tak sayang adik ke , dijawabnya sayang tapi kenapa ummi asyik dengan angah je (panggilan anak sulung saya pada adiknya).. Dan saya pun sejak bersalin kedua nie , bila yg sulung buat perangai , saya cepat naik tangan , rotan , cubit.. Tahun depan anak sulung bakal ke sekolah , saya sentiasa mendoakan yg terbaik buat anak anak saya.. Kadang rasa bersalah sangat tapi tu je cara nak didik anak.. Dan kadang saya pernah rasa nak bawa diri jauh dari anak sulung saya nie sebab terlampau stress.. Adakah betul tindakan saya dalam mendidik anak sulung saya dan bagaimana caranya utk saya tegur sikap anak sulung nie? Terima kasih banyak Doc andai sudi menjawab..

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah , terima kasih banyak ye pada ibu2 dan juga Doc. Fairuz Nazri yg sudi berkongsi jawapan buat saya yg memang tengah buntu tak tahu apa nak buat.. In shaa Allah , apa yg dinasihatkan akan saya praktikkan pada anak anak soleh saya..🥰🥰 Doakan juga saya mampu mendidik dan menjaga amanah dari Allah nie.. Dan saya mendoakan semua ibu2 mampu menjaga , mendidik amanah dari Allah nie , Amiin mudah mudahan..

Assalam Dokter, Sy nk tny. Ank pertama Sy brumur 7thn. Dy mmpunyai adik brumur 5, 3 n 2 thn. Smnjak dy mndapat adik yg ke 2, masa tu dy brumur 3thn 5bln, dy mnunjukkan prangai atau tingkah laku yg tidak menyenangkan Sy. Dy x suka dgn adik dy yg ke 2. Since adik dy baby, dy suka berkelakuan kasar seperti (cakar muka baby, gigit kaki, tgn n blakang bdn baby) shinggakan Sy trpaksa mnjauhkn baby dgn dy n x blh biarkn dy berduaan dgn baby. . Sy pernah tny Knp mcm tu. dy ckp dy x suka adik ramai 😔 sehingga skrg dy slalu brgaduh dgn adik bradik dy yg lain. n pling kuat mnangis hari2 n xnk berdikari. di sekolah skrg dy mnjadi mgsa buli. slalu kne 'Pau' . Sy slalu mnasihati dy supaya bersifat tegas. . apakah yg harus Sy lakukan? adakah dy sdg mngalami masalah ksihatan emosi?

Baca lagi
2y ago

https://community.theasianparent.com/q/kita-jangan-ambil-mudah-tentang-isu-kesihatan-mental-kanak-kanak-ya-parents-pe/4231421?replyId=41805601&utm_source=community.theasianparent.com&utm_medium=copy&utm_campaign=post-share

Assalamualaikum dr. Saya dikurniakan 3 org cahaya mata. Dua perempuan dan satu lelaki. Yang jadi cabaran pada saya, anak kedua saya perempuan (5 tahun) suka sangat mengarah kakaknya (6 tahun) utk minta tolong buatkan apa sahaja utk dia *apa sahaja walau sekecil2 benda. Jika tidak dia akan menangis dan tak mahu buatnya sendiri. Dia akan paksa kakaknya buatkan sampai kakaknya tolong atau dia akan minta org lain buatkan. Namun anak saya tetap bersopan dengan menggunakan perkataan Tolong dan meminta maaf jika dia rasa kakaknya marahkan dia jika kerap meminta tolong. Jadi bagaimana cara untuk handle anak yang suka mengarah seperti ini? Saya kasihankan anak sulung saya selalu mengalah dengan adiknya.

Baca lagi
2y ago

Baik terima kasih Dr atas penjelasan.

Salam Dr. Skrg ada istilah anak pkp, anak sy one of them - xnk dekat dgn org lain, xblh nk dukung/sentuh pun kalau dgn org lain, nangis atau mengamuk la ni jwbnye...lbh2 lg dgn tok sdr/ayah sdr smpaikan mereka nasihat suh jumpa ustaz...apa pandangan doc? Sy risau jgk time dia mengamuk hentak2 kaki, kadang2 pukul kepala sendiri setiap kali jumpa ngn pak su dia... Sy wfh dan nenek dia ad kt rumah utk tgk2 anak sy, yg sy bimbangkan, more than 4hrs of tv time sbb nenek pun x larat nk handle budak laki 1thn10bln yg lasak ni, jd dia akan leka dgn rancangan didi n frenz, cocomelon n upin ipin. Sy risau akan efek apa2 perkembangan dia...barang mainan ada je, cuma dia cepat bosan

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam Kita perlu ajarkan si anak perkataan untuk meluahkan emosinya daripada menggunakan cara fizikal. Untuk anak lelaki juga memerlukan masa sejam bermain di luar seperti di taman permainan kerana anak lelaki mempunyai testosterone dan berfikir lebih baik bila bergerak. Tenaga yang lebih juga boleh dikeluarkan bila bermain di luar. Anak akan lebih tenang selepas bermain di luar. Namun sekiranya kemahiran berbahasanya kelihatan lewat, penting puan bawa berjumpa doktor untuk penilaian dan pemastian ia bukan masalah pendengaran ataupun masalah autism.

Assalamualaikum Dr, pertanyaan saya berkenaan anak ketiga saya, anak lelaki berusia 2 tahun. Dua org lagi kakaknya berusia 6 & 5 tahun. Anak lelaki sy ini seorang anak yg ceria, suka tersenyum, dah pandai bercakap 3-4 patah perkataan, namun dia mudah utk menangis atau buat perangai jika tak dapat sesuatu yg dikehendaki sehingga dipujuk yang betul2 kena dengan apa yg dia nak baru dia berhenti. Dia juga ada menyebut perkataan “sepak” beserta gaya jika tidak ditunaikan permintaannya. Untuk usia dia sy rasa pelik bila dia sebut perkataan sepak itu. Sedangkan jarang anak2 bergaduh. Dan tak ada pula anak2 yang lain menyebut perkataan itu.

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah. Terima kasih dr bg penjelasan. Sy akan praktikkan utk anak nanti.

Assalam Doc . Saya nak tnye. Sayaa di kurniakan anak 3 orang dan sedang mengandung anak ke 4. Anak 1 dan 2 adalah dari suami lain dan no 3 dan 4 ini adalah suami sekarang ( suami baru). Anak kedua saya kerap guna perkataan tak suke adik(ank ke3) dan kerap membandingkan, seperti kalau saya ckp syg adik , kite perlu ckp pada dia bnde yang sme. Tapi dia jaga adik dia elok cme dia suke bergaduh dgn adiknye berumur 2tahun dan dia 7tahun . Adakah masalah ini kerana saya kurg beri perhatian pada dia ? Tapi saya rasa kasih syg dan layanan saya da sama cuma y kecil diberi perihatian lbh kerana bru nk mengenal dunia.

Baca lagi

Assalamualaikum Dr, saya masih dlm pantang (hari ke15) saya asal Sabah, ikut suami kerja merantau di negeri utara. berpantang sendirian. masalahnya anak sulung saya 3thn akan minta perhatian lebih bila saya mula layan baby seperti menyusukan( susu badan) Alhamdulillah suami banyak membantu. tapi kadang suami pun sangat penat sebab keja syif malam. suami akan ambil jalan pintas utk sogok anak sulung dgn HP sampai berjam². saya X mampu kawal semua. apa yg bole saya guna utk elakkan anak sulung saya supaya x ketagih gadjet & minta lebih perhatian?

Baca lagi
2y ago

insyaallah, terima kasih doc

Assalamualaikum doktor… Kandungan saya sekarang baru 6weeks… tpy saya ade pendarahan selepas bersama dgn suami semalam, tapi pendarahan tu tak banyak, dan warna tk pekat dan tkde darah ketul2… saya sudah pergi klinik, doktor kata okey… baby dan denyut jantung pon dh dengar… Tapi ptg nya, ade keluar darah warna coklat cair sikit je, mcm 2 titis mcm tu… dan hari ni pun sama masih ade keluar darah coklat tu, tapi tak banyak pon, sikit je… knpa ya doktor? adakah ni normal utk trimester pertama dan kandungan pertama? 😭

Baca lagi

Assalamualaikum Dr. Anak saya dah umur 10 tahun. dah pernah jumpa pakar psikiatri. Sekarang dia akan mengamuk bila dgn ibunya sahaja. bila nenak atau makcik dia jaga, dia tak mengamuk. kenapa ye Dr? Dan, apa tindakan saya boleh ambil ketika dia mengamuk tu? Saya tak di ajar cara untuk handle dia mengamuk.

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam, itu bermakna dia selesa untuk meluahkan perasaan dengan ibunya sahaja. Tunggu sehingga dia selesai mengamuk, barulah bercakap dengannya. Ajarkan si dia untuk menggunakan perkataan seperti 'saya marah' 'saya tak happy' daripada menggunakan cara fizikal untuk meluahkan perasaannya. Juga kita perlu tidak lupa untuk memberi perhatian dan komen yang positif kepada apa pun juga tingkahlaku yang baik walaubagaimana kecil.

As'salamualaikum Dr. anak saya dah berumur 2 tahun.. soalan saya kalau kita panggil nama dia .,, dia tak toleh pun... sampai suara dah macam speaker pun sama.. tapi jiran rumah sebelah panggil dia toleh plak. lagi kadang dia memberontak dia ketuk kepala dia kat dinding.. Apa yang harus saya buat tuk atasi masalah ni??

Baca lagi
2y ago

Waalaikumussalam saya rasa elok puan bawa anak untuk berjumpa pakar. Ujian pendengaran perlu dilakukan dan penilaian untuk mengesahkan ia bukan masalah autism. Anak yang normal boleh di ajar perkataan supaya ia tidak ketuk kepala di dinding.