Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Kita jangan ambil mudah tentang isu kesihatan mental kanak-kanak ya, parents! Pernah tak anda fikir kenapa kanak-kanak banyak sangat emosi? Ada tak yang rasa kadang-kadang reaksi yang di tunjukkan oleh mereka berpunca dari kita juga? Tahu tak anda, apa yang kita lakukan dengan mereka, akan memberi impak kepada mental mereka? Adakah anak anda kerap menunjukkan perasaan mereka? Pernah tak anda cek dengan pakar atau sesiapa? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kesihatan mental untuk kanak-kanak dan cara mengatasi masalah ini bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 10 Oktober 2022, hari Isnin. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

salam doc..betul ke kanak2 bawah 3tahun yg kerap menangis/tantrum ni disebabkan oleh over stimulate dengan keadaan sekeliling? lagi2 dengan cara parents respond dgn kehendak mereka?doc boleh beri cadangan/pandangan sekiranya kanak2 tersebut dah pndai bercakap dan juga tak pandai lg bercakap?

anak saya umur 8 tahun suka minta macam² contoh game kalau tak bagi mesti merajuk atau ugut² kadang kat shopping complex buat perangai nye merajuk saya malu sangat. camne nak handle ye? kalau umur 3 tahun suka usik adik baby CAMNE nak handle pula ye. tolong saya doktor. 😩

2y ago

ok terima kasih doktor atas pencerahan

salam Dr. Anak sy baru sorang skg bru berumur 1tahun 1 bulan dia ada habit suka pegang2 dan tarik rambut sy ketika dia mahu tidur dan kadang dia suka masukkan rambut sy ke dlm mulutnya adakah itu perkara normal..dan air liur dia pun smpai skg masi meleleh..

2y ago

another way is to engage a baby sleep coach for advice

Salam dr..nk tnya normal ke kalau anak masih pelat bercakap ketika umur 6 thn? dan normal ke kalau anak berusia 2 thn setengah hanya dpt cakap beberapa patah perkataan shj?

2y ago

Waalaikumussalam, bagi anak yang pelat pada 6 tahun, memerlukan ujian pendengaran dan penilaian pakar samada memerlukan speech therapy. Namun sebenarnya speech therapy tidak mudah dan tidak murah untuk didapati di Malaysia. Bagi anak yang berusia 2 tahun, sepatutnya sudah boleh bercakap frasa 2 perkataan seperti 'nak makan' dan 'nak susu'. Juga ada 20 perkataan dalam perbendaharaan kata. Jika kurang daripada ini perlu ujian pendengaran dan penilaian pakar.

doc knpa perut sy sllu berangin rasa begah dan macam ketarik kulit perut hingga susah nak tidur malam usia kandungan baru 25 minggu

2y ago

Mohon maaf soalan ini perlu ditujukan kepada pakar obstetrik.

TapFluencer

Hai. Bagaimana nak tahu anak mengalami tekanan? Tantrum yang terjadi jika selalu adakah akan beri kesan buruk pada mental anak?

2y ago

Tq Dr Fairuz

Hi Doctor. kenapa anak umur 3tahun saya suka hantuk kepala bile tantrum? die budak yang ceria dan saye 24/7 bersama die.

2y ago

thank you Dr. kami pernah bawa die jumpe pakar untuk autism. tapi buat saringan memang takde autism. die boleh bercakap I lapar I sleepy I angry. tapi bile tantrum naik die sometimes lupekan perkataan2 ni dan terus hantuk kepala saje.

Assalamualaikum Dr. Skrg sy dh 7 bln, nk tnya normal ke perut sy rsa kram nak berbalik pom xboleh.

apakah yg harus Sy lakukan? adakah dy sdg mngalami masalah ksihatan emosi? Doctor reply:

anak kepala panas hari ini tapi badan ok..apa perlu sya buat

2y ago

Mohon maaf saya hanya menjawab soalan berkaitan masalah mental dan bukan berkaitan masalah fizikal.