Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Kita jangan ambil mudah tentang isu kesihatan mental kanak-kanak ya, parents! Pernah tak anda fikir kenapa kanak-kanak banyak sangat emosi? Ada tak yang rasa kadang-kadang reaksi yang di tunjukkan oleh mereka berpunca dari kita juga? Tahu tak anda, apa yang kita lakukan dengan mereka, akan memberi impak kepada mental mereka? Adakah anak anda kerap menunjukkan perasaan mereka? Pernah tak anda cek dengan pakar atau sesiapa? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kesihatan mental untuk kanak-kanak dan cara mengatasi masalah ini bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 10 Oktober 2022, hari Isnin. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr, saya masih dlm pantang (hari ke15) saya asal Sabah, ikut suami kerja merantau di negeri utara. berpantang sendirian. masalahnya anak sulung saya 3thn akan minta perhatian lebih bila saya mula layan baby seperti menyusukan( susu badan) Alhamdulillah suami banyak membantu. tapi kadang suami pun sangat penat sebab keja syif malam. suami akan ambil jalan pintas utk sogok anak sulung dgn HP sampai berjam². saya X mampu kawal semua. apa yg bole saya guna utk elakkan anak sulung saya supaya x ketagih gadjet & minta lebih perhatian?

Baca lagi
2y ago

insyaallah, terima kasih doc