10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰
assalamualaikum dan salam sejahtera. mamyja seorang Suri rumah dan runner separuh masa .mamyja menghadapi masalah slipdisc Yang agak Kritikal Dari sebelum kahwin sehingga telah dikurniakan seorang cahaya mata. walaupun Dr ad nasihat Kan mamyja supaya tidak mengandung,tetapi rezki Tuhan, mana boleh tolak Kan😆mamyja dikurniakan seorang babyboy dengan berat 4kg sewaktu lahir Dan sekarang babyboy dah 5 Bulan dgn berat 9kg+😆. bayangkan mamyja ad sakit slipdisc yang mengehadkan mamyja untuk urus baby dengan sempurna,tapi mamyja cuba Yang terbaik juga untuk besarkan baby dengan bantuan suami Dan keluarga tersayang. bila baby dah nak masuk 10kg ni, memang mamyja X boleh dukung lama- lama. baby pulak melasak tak mau duduk dibawah. sebabkan pkp ni,mamyja perlu bantu suami untuk menampung perbelanjaan keluarga. jadi walaupun sakit,mamyja kena kuat.😍 mamyja buat runner partime. tolong cod makanan Dan sebagainya.mamyja berkeinginan sangat nak memiliki sebuah carseat untuk baby tapi sebabkan ekonomi keluarga Masih tak stabil,jadi pendam dulu hasrat nak ada carseat Tu😆 ,kalau Ada carseat, boleh bawa baby pergi buat runner dengan kereta sebab tak ada yang boleh jaga baby di rumah. dan mamyja pun Masih ad rawatan temujanji Di hospital untuk masalah kesihatan mamyja. jadi perlu ulang alik ke hospital .kalau ad carseat, InsyaAllah bakal mudahkan urusan mamyja sekeluarga.😍 semoga terselit rezki baby fayyadh and mamyja dalam programs Bantuan carseat by Berjaya Sompo&Crolla serta theAsianparent Malaysia😍😍😍 terima kasih. theAsianparent Malaysia Berjaya Sompo & Crolla love💕, mamyja
Baca lagiASSALAMUALAIKUM HI, SALAM SEJAHTERA buat TheAsianParent , team Berjaya Sompo, Crolla dan ahli TAP ❤️ Semoga ada rezeki saya sekeluarga utk dapat carseat nie 😊 InsyaAllah amin 🤲🏻 Saya bukan saja takmampu nak beli carseat. Susu anak saya pun saya terpaksa catu. Saya dan suami bekerja sekali tapi disebabkan ekonomi merosot. Tempat kami bekerja tutup secara tiba-tiba dan hanya bayar half dari basic. Kira sebulan RM600 cam tu ja dapat. Saya nak kerja tempat lain saya tengah sarat mengandung dan suami pun ada jugak buat part time runner saja sebab tiap minggu 2kali kena bawa saya checkup. Sebab tu ingat kalau ada rezeki dapat carseat nie lepas bersalin nanti boleh hantar anak sendiri ke pengasuh. Dan Saya pun kena cari kerja lain. Sedih sebab barang baby pun takcomplete lagi sebab tarikh jangkaan bersalin bulan 12 nie. Sekurangnya dengan bantuan carseat bayi saya selamat dan boleh duduk dengan selesa sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh. Jarak dari rumah ke rumah pengasuh anak yg 4tahun nie dalam 30minit. Tapi sebab takbekerja lagi (tempat kerja tutup) jadi takhantar ke pengasuh. Tapi memang habis nekad lepas habis pantang ja nanti memang cari kerja lain. Barang masa anak yg 4tahun tu masih bayi saya bagi semua dekat seorang bayi kematian ibu masa bersalin. Masa tempat kerja masih buka memang kami mampu nak beli apa saja. Tapi siapakah Kita hendak melawan takdir kan. Redha jela tempat kerja(Saya dengan suami kerja kilang ja) tutup dari bulan 7 tahun nie 😪 terima kasih ❤️🥰
Baca lagiQaishaa Rania 11bulan Hai, selamat sejahtera. Saya seorang suri rumah dan mempunyai 3 org anak di antara umur 7thn,5thn dan 11bulan. Hanya suami saje bekerja menanggung semua keperluan kami sekeluarga. Anak pertama dan kedua merupakan anak autisme. Itu sebab saya berhenti keje 3 tahun yang lalu demi menjaga dan menguruskan anak-anak istimewa saya. Kemudian pada tahun lepas saya melahirkan seorang lagi ank perempuan yang kini berusia 11bln. Saya hanya mempunyai sebuah saja car seat dan berharap sangat rezeki berpihak kepada saya untuk baby saya. Car seat amatlah penting untuk keselamatan anak-anak saya kerana mereka kerap berada dalam kereta. Saya yang hantar dan ambil keduanya so baby kena bawa kerana tiada orang jaga. beginilah kehidupan saya setiap hari kecuali sabtu dan ahad serta cuti umum. Penggunaan kereta yang kerap dan sering kali membawa anak-anak keluar menjadi faktor utama saya untuk mendapatkan carseat yang terbaik ini demi keselamatan anak-anak. Terima kasih kepada Crolla dan Berjaya Sompo kerana giveaway yg cukup istimewa. Semoga perniagaan anda semua maju jaya dan dimurahkah rezki selalu kerana anda juga rajin berkongsi.rezki bersama kami. Semoga ada rezki anak saya... 🤲🤲🤲
Baca lagiSaya baru dikurniakan anak perempuan hasil perkahwinan setahun yang lalu, di zaman pandemik ni tempat kerja suami terpaksa ditutup sementara dan gaji suami saya pun cukup-cukup makan shj jadi saya akan sokong suami saya . Untuk membeli carseat memang xmampu jadi saya sentiasa memangku puteri kami setiap kali check up. Pernah juga terfikir nak beli carseat tapi harga carseat agak mahal memandangkan byk lagi komitmen perlu difikirkan. Baru-baru ini selepas menteri umumkan fasa 4 boleh rentas negeri, saya ingin ke Melaka utk melawat Ibu kandung saya yg dah 2 thn x melawat dari kahwin sampai dpt cucu kami seperti tersangkut oleh pandemik ini. Sungguhlah sedih perit menahan rindu ni hanya tuhan je tahu Mak mana tak rindukan anak . Harap lepas ada carseat boleh bawa puteri kami sekali berjumpa dgn neneknya di Melaka nanti. Kami fikir keselamatan puteri kami jika membawanya tanpa carseat kerana perjalanan dari Ipoh ke Melaka bukannya dekat. Kalau rezeki menyebelahi kami bersyukur kami tak terhingga ibarat bulan jatuh ke riba.
Baca lagiASSALAMUALAIKUM,HAI SALAM SEJAHTERA BUAT THEASIAN PARENT,TEAM BERJAYA SOMPO,CROLLA SERTA AHLI TAP.. SAYA BAKAL MELAHIRKAN ANAK KE2 SAYA PADA BULAN 2/22 TAHUN HADAPAN...SEMOGA ADA TERSELIT REZEKI ANAK SAYA BUAT KALI NI.. MEMANDANG KAN DENGAN KEADAAN PANDEMIK YANG MELANDA DUNIA SEKARANG..DENGAN KEWANGAN KAMI YANG TIDAK STABIL SERTA MEROSOT SEKALI..SEUMUR HIDUP SAYA,TAK PERNAH PUN BELI.DENGAN SAYA HANYA SURIRUMAH DAN SUAMI HANYA SEORANG MENIAGA SERAMIK..AGAK TERASA DENGAN PANDEMIK SEKARANG.. MEMANG KAMI XMAMPU MEMBELI CARSEAT BUAT ANAK KAMI..DENGAN MEMASUKI PERADUAN YANG DIANJURKAN INI,DAPAT MEMBERI SAYA MENCUBA NASIB UNTUK ANAK SAYA YANG BAKAL LAHIR TIDAK LAMA LAGI.DENGAN ADANYA BANTUAN CARSEAT INI,DAPAT MENJAGA KESELAMATAN ANAK SAYA..SEMOGA DAPAT CARSEAT INI,BAGI KELUARGA KURANG KEMAMPUAN SEPERTI KAMI..TERIMA KASIH SEKALI LAGI THEASIANPARENT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO INSURANCE DAN COROLLA MENANJURKAN BANTUAN SEPERTI INI.. ❤️❤️❤️
Baca lagiTerima Kasih kepada Asian Parent dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla kerana memberi peluang kepada 10 parents TAP untuk membawa pulang Car Seat Istimewa. Dahulu saya pernah bekerja tetapi sekarang sudah berhenti setelah disahkan hamil kerana telah menunggu 5 tahun lebih untuk mendapatkan anak pertama dan pernah keguguran pada tahun lepas dan disebabkan itu saya sekarang saya adalah housewife dan tidak dapat membantu suami saya untuk membayar komitmen yang lain. Lagi beberapa minggu saya akan melahirkan anak pertama kami. Diharap jika dapat bantuan carseat ini,sedikit sebanyak akan mengurangkan kos bebanan suami saya dengan membeli keperluan persiapan lain seperti susu,pampers,baju2 bundle di shopee live. Semoga ada sinar rezeki untuk anak pertama kami,carseat amat penting untuk keselamatan,moga ada rezeki anak pertama kami.. Berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada parent TAP..
Baca lagisalam sejahtera.. saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.saya mempunyai dua orang anak yang berumur 1tahun 11bulan dan 8bulan.suami saya bekerja sebagai juru elektrik di kompeni swasta kolam udang tapi sudah diberhentikan kerja disebabkan tutup kolam udang tersebut. sekarang pendapatan suami saya tidak menentu dan tidak mampu untuk memiliki atau membeli car seat untuk anak saya.sekiranya anak saya ada rezeki untuk mendapatkan carseat tersebut,saya sangat bersyukur kerana adanya carseat akan lebih menjamin keselamatan anak saya semasa berada dalam kereta. Tambahan lagi anak sulung saya perlu bertemu janji dengan doktor untuk pantau kandungan darah merah dalam badan,kerana dia didiagnosis sebagai kekurangan zat besi atau anemia dan perlu ambil ubat dalam sebulan dua kali. Anak kedua saya juga perlu keklinik dan juga perlukan carseat tidak lama lagi. semoga ada rezeki untuk anak² saya. Terima kasih.
Baca lagiNaira Maisarah 2 Years The increase of car accident involving children every year is sad reality and emotionally break down us which bring to the fore issue of child safety. Accident happens, but what measure have parents taken to ensure the safety of children while on the road? I am housewife and my husband got retrenched from his work a year ago. we just had our second baby and need a new car seat for him. Having a clingy and active kids means I have more than one of them in a car with me sometimes and there is no way I can watch over all of them at the same time. I always believe that having a dedicated seat for kids is very important. Especially for a long drive and the traffic can be quite unpredictable with the drivers nowadays. As a mum, I find this opportunity from TAP, Berjaya Sompo Insurance & Crolla is absolutely necessary in order to create awareness for parents with young kid.
Baca lagiAssalam wbt..semoga ada rezeki untuk amanah2 saya..saya ada 2 orang anak. Sulung umur 3 tahun6bulan & yang kecik umur 2 tahun..masing2 tengah fasa aktif dan ligat. Dalam kereta tak pernah tak jatuh. Tapi saya simpati dengan yag sulung sebab selalu kena mengalah dengan adik untuk duduk dalam carseat. Pernah jatuh dalam kereta masa tertidur sebab adik duduk dalam carseat jadi abang mengalah baring dekat atas seat belakang..sekali kereta depan brek mengejut, saya ikut brek mengejut. Tercampak anak ke bawah. Allah je tau perasaan cemas saya waktu tu. Kadang2 saya terpaksa pangku adik supaya abang dapat duduk carseat walaupun saya tau bahaya dekat adik pula. Jadi saya harap sangat TAP, Crolla & Berjaya Sompo Insurance dapat bantu saya selesaikan masalah saya. Terima kasih kerana buka peluang ini buat keluarga yang kurang berkemampuan seperti kami ❤️❤️❤️
Baca lagiHai, selamat malam.. Saya peserta dari Sarawak.. Nama saya Florina.. Berbangsa iban .. Saya Mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 tahun 7bulan.. Bernama Fabian.. Saya seorang surirumah.. SAYA MEMERLUKAN CAR SEAT KERANA SAYA SANGAT MEMERLUKAN SEBAB DISINI CAR SEAT MAHAL SANGAT.. HARGA MENCECAH RM299-Rm599.. Saya tidak mampu beli sebab suami saya seorang sahaja kerja..Ketika saya nak bawa anak jalan2 menguna kereta tak dapat takut terjadi apa-apa.. Anak saya pernah terjatuh ketika saya break .. Semenjak tu saya tak pernah bawa anak jalan2.. Saya tak mampu beli car seat kerana gaji suami sy basic Rm1300.. Potong epf.. Potong sosco.. Ada ot besa gaji.. Tak da ot gaji kecil.. Saya harap sangat pihak theAsianparent dapat membantu saya.. Dalam masalah ini.. Saya betul2 memerlukan car seat untuk anak sy.. Supaya senang saya bawa diaa checkup pergi klinik....
Baca lagi