10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam sejahtera.. saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.saya mempunyai dua orang anak yang berumur 1tahun 11bulan dan 8bulan.suami saya bekerja sebagai juru elektrik di kompeni swasta kolam udang tapi sudah diberhentikan kerja disebabkan tutup kolam udang tersebut. sekarang pendapatan suami saya tidak menentu dan tidak mampu untuk memiliki atau membeli car seat untuk anak saya.sekiranya anak saya ada rezeki untuk mendapatkan carseat tersebut,saya sangat bersyukur kerana adanya carseat akan lebih menjamin keselamatan anak saya semasa berada dalam kereta. Tambahan lagi anak sulung saya perlu bertemu janji dengan doktor untuk pantau kandungan darah merah dalam badan,kerana dia didiagnosis sebagai kekurangan zat besi atau anemia dan perlu ambil ubat dalam sebulan dua kali. Anak kedua saya juga perlu keklinik dan juga perlukan carseat tidak lama lagi. semoga ada rezeki untuk anak² saya. Terima kasih.

Baca lagi