Qaishaa Rania 11bulan
Hai, selamat sejahtera. Saya seorang suri rumah dan mempunyai 3 org anak di antara umur 7thn,5thn dan 11bulan. Hanya suami saje bekerja menanggung semua keperluan kami sekeluarga.
Anak pertama dan kedua merupakan anak autisme. Itu sebab saya berhenti keje 3 tahun yang lalu demi menjaga dan menguruskan anak-anak istimewa saya. Kemudian pada tahun lepas saya melahirkan seorang lagi ank perempuan yang kini berusia 11bln.
Saya hanya mempunyai sebuah saja car seat dan berharap sangat rezeki berpihak kepada saya untuk baby saya. Car seat amatlah penting untuk keselamatan anak-anak saya kerana mereka kerap berada dalam kereta. Saya yang hantar dan ambil keduanya so baby kena bawa kerana tiada orang jaga. beginilah kehidupan saya setiap hari kecuali sabtu dan ahad serta cuti umum.
Penggunaan kereta yang kerap dan sering kali membawa anak-anak keluar menjadi faktor utama saya untuk mendapatkan carseat yang terbaik ini demi keselamatan anak-anak. Terima kasih kepada Crolla dan Berjaya Sompo kerana giveaway yg cukup istimewa. Semoga perniagaan anda semua maju jaya dan dimurahkah rezki selalu kerana anda juga rajin berkongsi.rezki bersama kami. Semoga ada rezki anak saya... 🤲🤲🤲
Baca lagi