Saya baru dikurniakan anak perempuan hasil perkahwinan setahun yang lalu, di zaman pandemik ni tempat kerja suami terpaksa ditutup sementara dan gaji suami saya pun cukup-cukup makan shj jadi saya akan sokong suami saya . Untuk membeli carseat memang xmampu jadi saya sentiasa memangku puteri kami setiap kali check up. Pernah juga terfikir nak beli carseat tapi harga carseat agak mahal memandangkan byk lagi komitmen perlu difikirkan. Baru-baru ini selepas menteri umumkan fasa 4 boleh rentas negeri, saya ingin ke Melaka utk melawat Ibu kandung saya yg dah 2 thn x melawat dari kahwin sampai dpt cucu kami seperti tersangkut oleh pandemik ini. Sungguhlah sedih perit menahan rindu ni hanya tuhan je tahu Mak mana tak rindukan anak . Harap lepas ada carseat boleh bawa puteri kami sekali berjumpa dgn neneknya di Melaka nanti. Kami fikir keselamatan puteri kami jika membawanya tanpa carseat kerana perjalanan dari Ipoh ke Melaka bukannya dekat. Kalau rezeki menyebelahi kami bersyukur kami tak terhingga ibarat bulan jatuh ke riba.
Baca lagi