10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Assalam wbt..semoga ada rezeki untuk amanah2 saya..saya ada 2 orang anak. Sulung umur 3 tahun6bulan & yang kecik umur 2 tahun..masing2 tengah fasa aktif dan ligat. Dalam kereta tak pernah tak jatuh. Tapi saya simpati dengan yag sulung sebab selalu kena mengalah dengan adik untuk duduk dalam carseat. Pernah jatuh dalam kereta masa tertidur sebab adik duduk dalam carseat jadi abang mengalah baring dekat atas seat belakang..sekali kereta depan brek mengejut, saya ikut brek mengejut. Tercampak anak ke bawah. Allah je tau perasaan cemas saya waktu tu. Kadang2 saya terpaksa pangku adik supaya abang dapat duduk carseat walaupun saya tau bahaya dekat adik pula. Jadi saya harap sangat TAP, Crolla & Berjaya Sompo Insurance dapat bantu saya selesaikan masalah saya. Terima kasih kerana buka peluang ini buat keluarga yang kurang berkemampuan seperti kami ❤️❤️❤️

Baca lagi