10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai Salam Sejahtera.. Saya seorang suri rumah anak 3. Suami saya bekerja sebagai seorang kerani, dia bekerja 6hari seminggu. Anak sulung sy berumur 9tahun, anak kedua berumur 3tahun dan yang ketiga berumur 16hari. Dengan pendapatan suami saya sebagai seorang kerani kami tidak mampu membeli car seat yang sesuai untuk anak kami yang baru lahir. Sebab utama saya sangat-sangat memerlukan car seat ini adalah untuk keselamatan anak saya yang baru lahir dan memudahkan saya untuk membawa dia jika saya pergi menghantar anak saya yang sulung untuk bersekolah nanti. Jarak antara sekolah dan rumah ialah 13km. Saya sangat berharap agar dapat memiliki carseat ini untuk keselamatan dan keselesaan anak saya. Terima kasih kepada The Asian Parent kerana memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan hadiah yang diperlukan ini.

Baca lagi

Assalamualaikum Salam sejahtera! Hi theAsianparent, berjaya sompo insurance & crolla. Bismillah. Saya ingin mencuba nasib disini dan mana tahu, mungkin rezeki anak saya juga. Saya melahirkan anak saya yang pertama pada 23/10/2021. Saya tidak bekerja dan seorang suri rumah. suami saya bekerja dan kami sekarang PJJ kerana saya balik kampung bersalin dan berpantang di sini. suami saya mengambil cuti selama 8 hari utk temankan saya bersalin dan menjaga saya. mungkin dugaan utk kami, suami saya positif, saya juga positif. dan suami saya tidak bekerja hampir 22 hari kerana kuarantin. dan saya admit ward selama 5 hari. saya redha dan menganggap sebagai hikmah utk saya dan keluarga. mungkin suatu hari ada rezeki dan berita baik/gembira utk kami sekeluarga. dengan adanya carseat ni, memudahkan saya utk travel balik kampung!

Baca lagi
VIP Member

Hai semua warga tap, semoga ada rezeki ibu ibu disini dan termasuk saya juga😁 carseat nie penting sangat lagi lagi bawak anak kecil dalam kereta untuk keselamatan anak dan keluarga jugak, kalau nak berjalan jauh tak adalah kita nak pegang anak, boleh krem tangan kita, kalau ada carseat nie sangat sangat membantu terutama untuk keselamat anak kita, lagi lagi kerajaan dah wajibkan pakai carseat untuk baby dan kanak kanak, dari mengelakkan kemalangan, kalau ada rezeki saya menang syukur sangat sangat, dapatlah anak saya carseat baru yang lama pun dah tak boleh pakai sebab anak saya dah besar tahun depan 4tahun, dulu pakai pun umur setahun, walaupun tak pergi jauh saya duduk kan jugak untuk keselamat anak😘lagi lagi kerja macam saya buat cod makan, kalau menang syukur sangat🤗

Baca lagi

Assalamualaikum, penggunaan baby car seat memang sangat penting semasa ibu/ bapa memandu, supaya ibu/bapa dapat tumpuan lebih aman dalam memandu kerana anak kecil duduk dengan selamat dalam baby car seat, sememangnya mereka cenderung untuk tak duduk diam dalam kereta tak kira semasa kereta bergerak atau berhenti. Saya ibu suri rumah sepenuh masa B40 mempunyai 5 orang anak, paling bongsu 3.5 tahun. Saya tidak mampu beli baby car seat baru, anak2 yg lain pun masih sekolah rendah, satu sekolah menengah, perbelanjaan memang tidak dapat ditampung, suami hanya kerja gig. Saya berharap ihsan dan budi baik Berjaya Sompo Insurance dan Crolla supaya memberi peluang kepada saya memiliki sebuah baby car seat baru untuk tujuan kebaikan. Terima kasih atas ihsan tuan dan puan.

Baca lagi

Assalamualaikum,saya bakal melahirkan baby newborn pada bulan januari 2022,selama 11tahun penantiamn,alhamdulillah rezeki allah ada dimana2 jika kita xputus usaha dan doa... saya tak ada CARSEAT lagi untuk newborn saya,Jadi saya cuba untuk memohon bantuan CARSEAT ini ... SENANG & MUDAH untuk saya bergerak kemana sahaja jika adanya CARSEAT..Jika CARSEAT itu berpihak lepada baby saya yang bakal lahir xlama lagi,saya bersyukur sangat2 kepada pihak TAP & BERJAYA SOMPO INSURANCE & CROLLA kerana memberi bantuan CARSEAT kepada yg betul memerlukan .. Dengan dapatnya bantuan CARSEAT tersebut bolehla saya stanby untuk beli barang keperluan lain untuk newborn saya nanti,First baby banyak barang yg diperlukan,SEMOGA ADA REZEKI BUAT NEWBORN SAYA,AMIN 🤲

Baca lagi

hai, saya mummy kepada Nur ayra Binti Muhammad Nurhizamin.. anak saya baru berumur 1 bulan 23 Hari.. sekarang banyak kemalangan yang melibatkan kanak2 yang tidak memakai car seat, sehingga menyebabkan baby tepelanting keluar dari kereta.. jadi sebagai seorang mummy saya ingin melindungi anak saya dari pada kemalangan atau kecederaan ketika mummy dgn daddy memandu kereta.. hatta seekor semut gigit di tangan ayra sehingga merah pun mummy da mngis apatah lgi jika ad kecederaan yang teruk akibat kecuaian kami mummy daddy kerana tidak dapat menyediakan car seat kepada Nur ayra.. terima kasih berjaya sompo insurance Dan Corolla kerana menbuat pertandingan seperti ini.. semoga ad rezeki untuk Nur ayra..

Baca lagi
Super Mum

Hi TAP, saya surirumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak yang berumur 6tahun, 4 tahun, 2 tahun dan 1 tahun. Dan belum memiliki car seat. Saya teringin membelikan utk mereka or salah seorang dari mereka, tapi banyak keperluan lain yang diutamakan pada situasi ekonomi sekarang dan kurang berkemampuan untuk membeli carseat bagi mereka semua. Jika balik ke kampung, kami mengambil masa 3 or 4 jam di dalam kenderaan kerana perjalanan yang agak jauh untuk berjumpa atok nenek mereka.. Kadang-kadang kasihan pada mereka ter tidur dengan keadaan yang tak sepatutnya sbb perjalanan yang agak jauh untuk sampai.. Amat bertuah dan bersyukur sekiranya saya mendapat bantuan carseat tersebut. Terima kasih TAP

Baca lagi
VIP Member

Umur anak saya yang bongsu 3 tahun dan saya bakal melahirkan anak yang ke 8 pada 14/12/2021. Saya amat memerlukan carseat kerana saya selalu akan ke mana2 dengan memandu sendiri dan perlu membawa anak. Jadi, dengan dapatnya bantuan carseat, saya boleh memandu tanpa perlu risau anak yang di letakkan di atas kerusi. Anak In Shaa Allah selamat dengan adanya carseat. Dan saya juga ada ramai anak. Dengan dapatnya bantuan carseat, dapat mengurangkan kos perbelanjaan saya untuk membeli keperluan baby yang bakal lahir. Dan boleh menyelesaikan keperluan yang lain. Terima kasih di dahulukan buat TAP dan Berjaya Sompo Insurance dan Crolla jika saya di beri peluang untuk menerima hadiah carseat ini.

Baca lagi

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera The Asian Parents..🥰 Disini saya ingin mencuba nasib..saya mempunyai seorang anak brusia 6 tahun, dan pada tahun hadapan saya akan melahirkan seorang lagi cahaya mata pada bulan Feb 2022..saya telah lama ingin memiliki carset untuk anak pertama saya tetapi masih belum berkemampuan untuk membelinya sehingga ke hari ini..saya berharap anak kedua saya mempunyai rezeki untuk memiliki carset..saya berharap dengan mendapat bantuan carset ni dapat meringankan urusan saya untuk menghantar anak ke sekolah kelak kerana pada tahun hadapan saya akan melahirkan seorang lagi cahaya mata..semoga ada rezeki untuk anak yang bakal dilahirkan nnti👶..amin..😊

Baca lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ternampak posting ni dan harap saya dapat carseat ni. Antara sebab saya perlukan carseat ni adalah kerana ini merupakan anak pertama saya tapi saya tidak dapat membeli kelengkapan anak saya lagi atas dasar kewangan. Suami saya bekerja hampir sepenuh masa menyebabkan saya nak pergi ke mana-mana agak susah kerana tidak ada orang yang dapat jaga anak saya. Saya nak bawa anak tapi sebab anak saya masih kecil tidak dapat duduk baik-baik dalam kereta lagi jadi terpaksa guna carseat. Saya tidak punyai wang untuk membeli kerana sekarang pun duit hanya cukup makan. Jadi saya harap ada rezeki anak saya untuk dapat carseat yang comel ni. Terima kasih

Baca lagi