8 weeks pregnant.
I believe that being pregnant ni rezeki. Ada yang susah nak dapat anak and I know that I need to be grateful for this. Kena kuat, kena sabar tahan alahan, doa banyak banyak minta dipermudahkan. Saya cuba je jaga baik baik kandungan ni semampu saya sbb saya happy diberikan rezeki dengan cara ni. But still there are those days that I feel like I can’t survive this. All this loya mual, lesu, muntah, sakit badan, puasa, mixed feelings, I still need time to accept this new changes. Banyak kali sampai nangis sebab rasa penat hadap hari2 but I always read pregnant ni kena positive, happy takleh sedih and all that. But I’m still a human. Kuat mana pun cuba, bila datang rasa lembik and lemah tu jatuh terduduk juga. Don’t be mad at me for having such feelings and thoughts. Just doakan saya terus kuat. Thank you. Edited: Replying to all mommies punya comments, thank you for all the kind words, supports and doa. Terharu baca. InshaAllah saya terus kuat demi si comel ❤️ To mommies that had it worse than me, saya doakan mommies dipermudahkan urusan sepanjang pregnant ni dan dikurniakan rezeki anak2 yang baik ❤️
Hi mommy, i feel you so bad. Your feelings are valid. Bukan kita tak bersyukur ataupun merungut cuma fasa mcm ni mmg mental jadi mudah down, bukan tak kuat tapi perasaan tu naturally. Rasa sedih you lapar tapi tak boleh makan, rasa mcm tak kuat dah nak give up, kadang kadang sampai tahap rasa nak mati pun ada. Jadi double sakit bila you mmg ada gastrik, pedih ulu hati tu sampai buat you rasa nak tumbuk tumbuk perut but there’s a little human growing inside you. You didn’t mean to feel those feelings pun sbb tak nak affect your baby but somehow mmg tak boleh nak control. No words could describe the pain that you’re going through but remember, you’re not alone. I pun morning sickness teruk, sehari mesti muntah more than 10 times. Mcm mcm tips dah cuba tapi hanya kita yg melalui je fhm betapa peritnya fasa ni. Minum air seteguk pun muntah apatah lagi makan even dlm kuantiti yg sikit which is satu dua suap je tetap muntah berbakul bakul. Too bad, mcm i allergic ubat tahan muntah. Maxolon, stemetil & veloxin, semua tak boleh. Mmg takda solution melainkan kena hadap je sampai tahap redha lepas sesuap makanan terus peluk tong sampah. Nak tak nak kena paksa utk telan makanan juga sbb waktu ni lah fasa baby perlukan nutrient from us. In my case, doc hanya boleh tolong drip saline sahaja sbb badan dehydrated teruk. If you takda any allergic to medication, boleh minta ubat tahan muntah dgn doctor. Maybe boleh bantu you sedikit sebanyak. Oh ya, i lost 8 kg in a month & bmi jadi underweight. Utk first trimester, i tak consume any milk as per advice by my doctor sbb boleh triggered lagi loya & muntah. Never stop consuming folic acid tau for the sake of baby’s development eventho some people around you will share with you their experiences such as folic acid tu penyebab loya etc. If you’re on obimin, you monitor yourself sbb mcm i jadi lagi teruk loya & muntah bila consume obimin so what i did was i told my doctor, dia tukarkan kepada iberet. Much more better, alhamdulillah. Apa apa, always talk & listen to your certified doctor. I fhm sgt perasaan you lagi lagi bila kita tengah lembik & lemah sgt tapi i selalu trick myself balik to boost up my mood which is always talk to my baby eventho it’s still early “baby, mummy nangis sbb sakit tapi baby tak salah pun tau. Baby doakan mummy kuat, baby pun kena kuat. Kita sama sama kuat. Terima kasih sudi pilih mummy as your mother & membesar di rahim mummy.” Jangan pendam perasaan you tau, memendam pun tak elok utk yourself & baby. If rasa nak nangis you luahkan je dkt husband why you nangis apa semua. Waktu ni kita sangat memerlukan sokongan husband & org sekeliling sebenarnya but bare in your mind, if ada yg not on side you kena terus abaikan cepat cepat supaya emosi tak triggered teruk. Contohnya mcm situasi i, my own mother tak bagi support instead of “ha rasalah dulu pregnant kau lagi teruk, hadaplah balasan tuhan” so i jadi lagi sedih & down, tertanya tanya apa salah i? Anak derhaka ke? Walaupun tak related sebenarnya. Mungkin itu cara my mother bagi support kot tapi keadaan kita ni sensitif kan jadinya sangat emosi. If you tak larat nak buat apa apa, don’t push yourself. I dah second trimester tapi masih teruk lagi masih melepet je atas katil, mandi pun kadang kadang husband yg kena uruskan. Apa apa pun, take care & be tough tau? Teruskan perjuangan. Kalau i boleh, you pun boleh. Percayalah. Mungkin Allah uji kita waktu ni tapi urusan bersalin nanti dimudahkan & baby pun behave je kan? We never know what’s the hikmah. Kita cuba husnudzon walaupun susah dlm keadaan mcm ni. If you rasa lonely ataupun dah lead to anxiety/depression, please reach to your doctor asap so that they could assist you with the next step. I doakan semuanya berjalan dgn lancar & segala rasa sakit yg you alami ni Allah jadikan ganjaran syurga tanpa hisab utk you. Stay strong!
Baca lagiBagi sy semua tu normal sis😊 jgan risau percayalah rata2 mom2 semua pernah alami perasaan mcam sis,sy pun gitu juga alahan smpi 4 bulan masuk dpur,mnyak makan,bawang,nmpk mee goreng,telur goreng semua sy alah,ada smpai sy nangis depan suami nampak mee goreng dgn telur rebus,telur goreng tu di jual sebungkus2 tu dekat luar2 klinik,sy geli,muntah2 😂sampai suami kelucuan tgk😅 tepat jm9 pagi sy tdr sampai tgahhari,3 bulan semua suami atur makan sendiri,makan anak,kadang napau luar..sy boleh masuk jenis makan hanya roti canai kosong jaaa dgn milo suam,anak2 suami makan ayam goreng,ikan bakar bagai sy mual..sy masuk bilik nangis fikirkan anak dlm perut kesian makan apa klau sy tak makan,last2 sy tutup hidung rata makan nasi kosong,buah2an,roti canai kosong tu jalaaa sy boleh masuk,tu pun nasi sy paksa tutup hidung telan mnum air makan nasi mnum air 😅 nasib la air jdi kesukaan sy,ansur2 masuk 5 bulan dah mula suka makan makanan yg sy alah dah boleh sy terima..kena tabah ya sis,doa bnyak..semoga kita mom2 yg alahan teruk ni beransur2 pulih dari alahan2 masa pregnant ni..kena kuat demi c baby comel 🥰🥰🥰 good luck sis..semoga dipermudahkan semuanya..Aminnnn
Baca lagisy masok 2 bulan baru start meloya . tak kira pagi ptg . sy keje hairstylish tapi tak bole tgk rambut atas lantai kompom muntah , takleh cakap banyak pon muntah jugak , hidung jadi sgt sensitif tak boleh bau sampah . pdhal sampah tu jauh sebatu dgn kita . busuk nye mcm bau sampah yg seminggu dh terbiar. sampai prestasi down. kena turun pangkat bagai.. apa2 yg teringin nak makan tp takleh mkn muntah lagi .pdhal kite teringin nak mkn . mknan cuit2 je rasa . tambah dgn sakit slip disc , sakit tundung kat kemaluan mcam nak pecah.sy pukul2 kt part tu sampai suami tegur marah saya . sy cakap sakit mcm nak pecah tulang tu rasa. sy pedih ulu hati nak tido mlm takleh pusing kiri kanan takleh tido . panas membahang . pasang kipas sampai 3 . sampailah pagi hari nk beranak masih muntah dan loya .. selesai je beranak hilang semua sakit saya . alhamdulillah . ni semua ujian utk ibu mengandung. kena kuat okey sis.
Baca lagihi mommy i know you kuat . dan semoga semua mommy kuat termasuk i. sebelumni i pernah keguguran 2kali. menunggu 8bulan untuk yg ketiga ni. hari hari i berdoa supaya dapat merasa jadi ibu. and ramadhan kalini i preg seronok sangat tapi pada masa sama kami takut sejarah lama berulang. dan i jugak ada cyst saiz 3.4cm sebelah kiri i . and at the same time alahan i kalini agak mencabar i kerap lapar tapi bila mkn i muntah letih sangat sangat badan sampai i demam. hari hari i kena ambil duphaston i akui mmg susah i pun kadang menangis sbb terlalu letih tapi ingat baby i cuba untuk kuat i yang nak anak so i kena kuat untk anak. i doakan mommy semua kuat untuk fasa morning sickness dan seterusnya❤️
Baca lagiHi mommies. Semoga mommies yang sedang alami alahan atau sebagainya semasa mengandung ni dipermudahkan. Saya pun sedang pregnant tapi ada fibroid size yang agak besar jugak. Memang susah nak tidur, sentiasa rasa sakit dan tak selesa. Kadang kadang down bila fikir keadaan saya. Tambah pula bila dah start alahan. Lagi macam macam yang saya rasa. Saya doakan semua mommies dipermudahkan urusan semasa kehamilan ni. Mohon doakan saya kuat juga untuk baby saya 🥹 kalau ada ibu ibu yang ada masalah macam saya juga, boleh share tips juga
Baca lagiSabar sis.. lain org, lain dugaan.. adik sy whole pregnancy muntah, dr start pregnant smpai beranak.. sy 1st trimester je muntah2.. tp alahan teruk on my 3rd trimester.. gatal 1 badan.. ttbe GDM.. there are times awk akan rs nk give up, tp dont be.. Mengandung is a wonderful journey sis.. tak smua org exp and rs.. eventually, bila awk dgr heartbeat baby, tgk bln2 dia mmbesar, u know its worth it! ♡ dont give up k? Semoga dipermudahkan urusan mengandung awk.. be strong mummy to be!
Baca lagisis kena kuat..sabar dan banyakkan berdoa..Sy selalu suruh suami buat air yasin n bagi Sy minum waktu alahan anak no dua nie..Sy anak first alahan x teruk..yg kedua ni teruk sangat...air liur asyik meleleh..sampai berbekas2..asyik meludah n mual,kahak n munth..hari2 Sy nangis sebab x tahan air liur terlalu banyak dan x boleh telan langsung.. alhamdulillah berkat sabar..Sy tempuhi juga...alahan tu hilang...5 bulan alahan teruk...Sy doakan sis kuat ye..
Baca lagiyou're strong and you can go thru all this! keadaan I pun sama masa first baby a few years ago. tak pernah rasa kan, tiba tiba drastic change rasa exhausted sangat. emotionally unstable, nak bangun dari katil pun susah. yes yes yes and yes, it's totally normal untuk rasa itu ini dan apa yang you rasa ianya valid. no worries. I doakan yang terbaik buat you, semoga segala urusan dipermudahkan. 💪🏻🫶🏻✨
Baca lagiI feel you sis .. saya ada 2 daughters and now 7+ weeks 3rd pregnancy.. loya mabuk tak usah cakap laa .. segala benda tak boleh nak bau .. perut lapar tp tak boleh nak telan makanan. Anak 1st 6yrs , 2nd nak masuk 3yrs .. husb pula kerja mmg selalu outstation, jd nak taknak kena kuatkan semangat and sentiasa ada rasa syukur supaya tak burn out .. saya doakan kita semua terus kuat demi amanah Allah ini ❤️
Baca lagixsalah pun rasa mcm tu. sbb memang akn ada masa rasa mcm xmampu dah nak hadap morning sickness ni. kdg2 nangis dpn husband sbb rasa mcm nk mati sakitnya🤣. tapi sakit kn penghapus dosa. dan insyaAllah nanti semua sakit ni akan dibayar dgn kluarnya anak yg cute, soleh/ solehah. just mommy kena sabar dan tabah for the time being. kalau xmampu puasa, buka je. xsalah pun.. Allah tahu kita dah usaha.
Baca lagi