URI

Harini scan 28weeks nak tengok keadaan bby. Lepas doktor scan, cakap size bby okay. Bby aktif. Kuat menendang pula tu? lepastu scan uri. Doktor kata uri dekat bawah. Saya macam blur? Apa uri kat bawah. Sebab firstime kan hahaha. Doktor panggil doktor satu lagi. Diorg cakap uri saya dekat dengan bawah. Saya masih blur. Cuma doktor cakap takpelah saya adjust appoinment awak dgn doktor pakar saya ya. Ada ke mommy2 yg kat dalam ni sama kes dengan saya? Effect sangat ke kalau uri kat bawah? Atau any suggest supaya saya lebih berhati hati?

URI
48 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, uri di bawah juga dikenali sebagai plasenta previa. Uri dibawah bermaksud uri anda berada di kawasan berhampiran ruang bukaan cerviks yang sepatutnya menjadi laluan bayi keluar ketika bersalin nanti. Masalah uri dibawah boleh menyukarkan kelahiran secara normal dan juga membawa risiko pendarahan kepada ibu hamil. Walaubagaimanapun, kedudukan uri masih boleh berubah sehingga 32 minggu. Jika uri anda masih di bawah selepas 32 minggu, terdapat kemungkinan anda tidak boleh bersalin secara normal. Namun, terdapat beberapa jenis kedudukan uri di bawah, anda boleh rujuk dengan doktor anda tentang status anda. Sila segera ke hospital sekiranya berlaku pendarahan atau gejala lain yang membimbangkan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih

Baca lagi
VIP Member

Maksud uri kat bawah tu, uri berada dekat laluan baby nak keluar. Boleh refer gambar yg ketiga. Sepatutnya kedudukan uri kene berada dia bahagian atas. Incase kalau uri still tak naik ke atas. Kemungkinan laluan baby nak keluar tertutup n baby boleh lemas. So kene czer tak silap. Saya masa scan 28 weeks alhamdulillah doc cakap uri dah kat atas. Saya selalu urut perut menghala ke atas. Banyak kan cakap2 positif dgn baby n tidur tinggi kan sikit kaki dari kepala dan badan. Lapik bantal bawah kaki. Doa bebanyak moga uri naik ke atas nanti.

Baca lagi
Post reply image

Sama dgn sy. Sy pn uri kt bwh. Dh dpt date utk operate pn 20/1 ni. Uri kt bwh ni ad 4type sbrnye. Sy type 2. Alhamdulillah so far xde pendarahan. So 19/1 br admit sblm operate esk nye. Cme mmg kne operate sbb doc kata ada risiko pendarahan sekiranya jln tbuka utk bersalin normal. Klo msh awl, mmg doc bg mse utk uri naik. Tp sy last scan 36w uri msh kt bwh, so doc trus decide utk operate pd week38. Sy positif je. Janji dua2 selamat n dipermudahkan. Amin..

Baca lagi
4y ago

Amin...terima kasih semua...

Mas pun uri kat bawah type 3.. hr tu 30 weeks kena refer pg O & G scan.. memang confirm uri bawah ...nanti 34weeks kena refer balik ke O&G.. Kalau maseh bawah kena admit dekat hospital sampai uri naik tak naik jugak 38weeks czer.. minta2lah uri naik...kat hospital doktow akan pantau keadaan kita.. pengalaman kakak2 cakap kita kena baring je.. hurm... minta2lah naik.. Aamiin.. taknak czer😥😥

Baca lagi
4y ago

Aamiin..tq sis

VIP Member

Uri kat bawah ni halang laluan baby nak bsalin nnt. Kalau sampai 38weeks uri masih di bawah, kna czer sbb xde cara lain. Saya first baby cmtu. Sblom czer, kna warded start 34weeks smpai la tarikh plan czer sbb doc takot tibe2 heavy bleeding. Kalau heavy bleed, takot xsmpat sampai hosp utk selamatkan mummy n baby. Sbb tu kna warded awal smpai bsalin.

Baca lagi
4y ago

No prob sis. Semoga dipermudahkan urusan bsalin nnt. Make sure x bersama dgn suami, xangkat berat2, x byk bjalan, turun naik tangga byk kali. Bykkan rest ye

uri tu duduk dekat dgn baby, sy pun masa 28week mmg uri duduk bwh, dh tu keadaan baby songsang plak,,, sllu amal lps solat doa laillahaillaanta subahanakain ni kuntuminazzolimin dn byk berckp pujuk baby untuk pusing blik.... syukur alhamdulillah baby dgr msuk 32week dia pusing blik dh, kepala bby pun dh duduk bwh kt jalan dia nk keluar nnt...

Baca lagi
4y ago

Sis teruskn jgn pnh tggl,sy wt mcm tu ank sngsang skrng syukur dh tk songsang

Bahaya syg uri dekat bawah. Adik saya uri dekat bawah stage 4 dah dia 29w. 2 mlm lepas darah turun masuk hospital. Doktor ckp kalau darah still turun kena czer. Tp Alhamdulillah darah dah stop just kelua lendir lendir coklet. Tp still x blh balik rmh kene duduk wad mybe smpai besalin. Awk jgn bt keje berat berat, kurangkan berjalan, rehat duduk rumah.

Baca lagi
4y ago

Amin

VIP Member

yep effect boleh keluar darah . bila bersalin mesti kena czer. bukan nak bg awak takut tp sy dduk wad haritu ada akk tu uri ke bawah kena dok wad lama sampai due dia sbb dia tak boleh nak kerap jalan or buat apa2 kerja , kalau buat mesti keluar darah. sis tak tanya doc time doc tengah scan ke?

4y ago

ahaaa, always take care. nnti bincang dengan doktor ok. jaga kesihatan.

Bahaya sis uri kat bawah. Baby x dpt keluar dari rahim. Sy 20w pernah uri kat bwah..doktor siap cakap lagi kalau dah nak dekat2 bersalin still uri kat bawah..terpaksa czer. Alhamdulillah dah nak dekat2 bersalin ni uri dah naik..baby kat bawah..so ada jalan tuk baby keluar..

Bahaya sbb boleh berlaku pendarahan yg banyak kalo x berhati2, pastu risiko pendarahan masa bersalin. Pastu kalau x naik2 jugak confirm czer sbb dah tutup laluan baby nak kuar. Tapi 28w still boleh naik ke atas insyaAllah sbb adik ipar pun dah naik atas balik mase 36w.

4y ago

Urut x dibenarkan kalau uri kat bawah. Salah 1 risiko gak tu.