URI

Harini scan 28weeks nak tengok keadaan bby. Lepas doktor scan, cakap size bby okay. Bby aktif. Kuat menendang pula tu? lepastu scan uri. Doktor kata uri dekat bawah. Saya macam blur? Apa uri kat bawah. Sebab firstime kan hahaha. Doktor panggil doktor satu lagi. Diorg cakap uri saya dekat dengan bawah. Saya masih blur. Cuma doktor cakap takpelah saya adjust appoinment awak dgn doktor pakar saya ya. Ada ke mommy2 yg kat dalam ni sama kes dengan saya? Effect sangat ke kalau uri kat bawah? Atau any suggest supaya saya lebih berhati hati?

URI
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, uri di bawah juga dikenali sebagai plasenta previa. Uri dibawah bermaksud uri anda berada di kawasan berhampiran ruang bukaan cerviks yang sepatutnya menjadi laluan bayi keluar ketika bersalin nanti. Masalah uri dibawah boleh menyukarkan kelahiran secara normal dan juga membawa risiko pendarahan kepada ibu hamil. Walaubagaimanapun, kedudukan uri masih boleh berubah sehingga 32 minggu. Jika uri anda masih di bawah selepas 32 minggu, terdapat kemungkinan anda tidak boleh bersalin secara normal. Namun, terdapat beberapa jenis kedudukan uri di bawah, anda boleh rujuk dengan doktor anda tentang status anda. Sila segera ke hospital sekiranya berlaku pendarahan atau gejala lain yang membimbangkan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih

Baca lagi