Tak boleh makan kicap, mitos ke betul ?
Hai, nak tanya... betul ke kalau pregnant x boleh makan kicap ??? Nanti baby kulit gelap... ?? ???
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, pantang makan kicap ketika hamil adalah mitos sahaja. Tiada kaitan antara warna kulit bayi dengan makanan yang anda ambil ketika hamil. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk makan kicap ketika hamil. Namun haruslah dalam kuantiti sederhana kerana kicap mengandungi kadar garam dan gula yang agak tinggi. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagiHari tu pun kt tmpt keja waktu rehat nk ceduk kuah yg msak kicap.. Tros kak tu larang kta jgan nnt anak kulit hitam.. Blank jap kt situ๐คฃ.. Ingt nk tanya mak mertua betui ka mkan kicap anak kulit jadi gelap.. Tapi tk trtnya.. Nnt kna habuan plak ngan mak mertua.. Diam ja lha.. Makanan tk ad kena mengena pon ngan kulit sebenaq nyaa.. Dia ikot pada keturunan kulit kita dan suami.. Sekian harap maklum๐
Baca lagilg parah bile mil kite ckp xbley mkn buah delima sb nnt bby jd kuar bijik2 gatal merah kat bdan mcm biji delima๐๐kenot brain.. setahu sy buah delima antara buah yg terbaik untuk ibu hamil .. btol kn? ๐คท
.alaaa makan je..haritu kita pun kena, nak beli kek secret recipe coklat yang beli 3 percuma 1 tu..sekali ada makcik ni khabar, jangan makan coklat nanti anaknya gelap ๐..huawalahhhh..
๐๐๐๐๐
Boleh ๐๐๐ ni je, sbb nak komen dah ada org jawap benda yg saya nak cakap. It's ok sis org ni kadang2 suka buat larangan yg tak logik kat ibu mengandung.
Tu la kan ๐๐
๐คฃ๐๐คฃ๐ br pas buat ayam masak kicap neh..jgn baby gelap sudah..sok buleh minum air soya kasi terang balik ๐๐๐
Mitos je tu sis. Kalau mak bapak nya putih, anaknya putih la. Kalau mak bapak tak berapa cerah, anaknya pun sama.
Saya mkn nasi dgn letak kicap sikit je sis..x de kicap saya x boleh mkn nasi..saya loya teruk..nasi mmg x boleh nak telan
Hi. Mitos jelah. Dah kalau awak rajin minum air mineral time pregnant, takkan la nnti keluar anak transparent pulak ๐
Ksian kicap dpsalahkn Jgn mkn kicap nt hitm Mnum soya xpe๐ Walhal bhn ye dr sumber yg sme Mitos ajeeew sis mkn je
Baca lagi
ibu singa with 3 boys