Masalah HB

hai mommies, skrg sy dah masuk 34weeks.. tapi hb sy still di bawah 11 😔.. hmm, last ambik darah masa 32 weeks.. hb sy 10.8, then skrg dah drop pgi 10.2 😞. Sy dah makan macam2 nak naikkan hb sy... tapi sy takde rasa pun nak pitam, pening... 😌, hmmm~ sy risau.. ade ke org beranak, dgn hb bawah 11 😩 #ingintahu #firstbaby #pleasehelp

40 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya ibu 5anak.. pengalaman sy setiap kali mengandung je mesti ada masalah hb low dan melahirkan 2czer 3normal..ank 1 lahir 39week berat 2.5 bersalin normal sekarang dah berumur 16tahun Alhamdulillah membesar dengan sihat cuma mudah sakit ringan..ank no 2 38.5day berat lahir 2.9 bersalin normal umur skrg dah 10tahun Alhamdulillah membesar dengan sihat jarang sakit. anak no 3 36.6day bersalin czer sbb jantung bby dah lemah..umur skrg 5tahun masalah speech delay sebab lambat detect ada tongue tie dah bedah..Alhamdulillah sekarang dah boleh cakap banyak perkataan..ank no 4 38week bersalin normal berat 3.01 umur skrg 3tahun Alhamdulillah sihat..ank no 5 paling byk masalah kesihatan dengan hb low 8 kena repeat 2mggu skli jmpa dok kk dan o&g hospital.pasto dapat ujian kena covid19 masa kandungan 7bulan kena tahan hospital..bersalin 38week bersalin czer sbb2nya ada 2pekara 1.jantung bby dah lemah 2.bby besar dari ank no 1-4 bby lahir berat 3.4 Alhamdulillah sihat..so kesimpulannya setiap kelahiran ank2 sy tu semua nya berbeza2 dan berat mereka semua berlain lainan Alhamdulillah semua nya sihat tiada masalah kesihatan teruk setakat ini.. apa yang penting sis jangan putus berdoa jangan fikir bukan2 jangan skip makan ubat dok bagi tu. banyakkan berckp dgn bby dalam perut sentiasa hppy ok.saya doakn semoga dipermudahkan segala urusan sis dan bersalin dengan mudah aamiin ya mujib..

Baca lagi

Saya pun pernah hb low. Tips yg sy amalkan sendiri yang saya rasa membantu dalam naikkan hb: 1. Makan pink guava. Kalau susah nak dapat, cuba cari kordial perisa pink guava. Tapi kena aware dgn kandungan gula. Tak digalakkan kalau ada GDM. Better beli kordial dari Cosway or Amway. Mahal sikit tapi berbaloi. Tapi kalau dapat, makan buah yg terbaik. 2. Makan pink dragon fruit. 3. Saya dulu makan Zincofer. Tapi kena makan dgn cara yg betul, baru dia berkesan. Cara saya, makan 2 jam selepas makan malam. Setiap kali lepas mkn mlm, terus set timer supaya tak terlupa. Jgn mkn apa² dlm masa 2 jam tu. Memang berkesan. 4. Jangan minum kopi dan teh. Kurangkan juga minum milo, and minuman yg byk caffeine or carbonated drinks. Semoga bermanfaat.

Baca lagi

Sy bab hb ni pun surrender. Jumpa pakar baru ni dia terpaksa stop kan semua jenis iron kat sy sbb sy allergik terhadap iron. Gastritis sy jd teruk dan sebabkan usus sy luka balik. Sblm ni pernah luka dan on ubat lama sampai buat scope semua..muntah darah lg. Sblm ni paksa mkn iron sampai ada episod pitam dlm bilik air. Klau p kk mmg dorg pksa mkn la sbb depa strict. So jumpa pkar, dia suruh sy bykkn mknn tinggi iron je la. Pantau darah jgn bawah 8. Nt bila nk bersalin tu dorg akan standby gxm.

Baca lagi

Kalau makanan semua jaga (tak ambil cafeine especially), supplement dgn drinks. Saya pun HB low. Saya minum: 1. Fresh Watermelon (makan pun boleh) 2. Karihome Goats milk for pregnant 3. Callamilk 4. Sihate 100% promegranate juice (kalau ada real buah lagi bagus). Tapi waktu saya pregnant not in season, jadi buah tak sedap. So i beli je juice tu. Alhamdulillah. Naik from 8 the lowest, 32 weeks onwards HB naik up to 13.

Baca lagi

haii dh cuba minum iberet + sunquick ? sy mula² mkn folic acid tp tak jalan dr 12.4 turun mengejut 10.6 .. then sy cuba iberet naik balik k 11.4 , then dia stay kat 11 tak turun lagi ke 10 .. sy minum setiap bangun subuh msa perut kosong , minun sebiji + sunquick jgn boh gula yaa .. setiap kali nak pergi cek KD sy mkn 2biji iberet .. sebaikny selepas 2 jam bru awk mkn @ minum sbb tu sy mkn setiap jm5pagi ..

Baca lagi
TapFluencer

sy mula2 bacaan hb smua ok. smpi 1 mse drop tipis2 dkt bcaan 11.0.. paras yg da xcntik la juga. yg sy perasan, sblm g checkup jgn minum caffein or milo. jgn makan ubat sekali minum susu, nt xdpt serap dgn baik. sy makan maltofer, mula2 makan sehari 1x.. lastnya nurse suruh makan 2x sehari. alhamdulillah spnjg mngandung maintain je HB. 11.5 keatas… ubat maltofer tu sy ambil 2 jam sebelum makan.

Baca lagi

sy pun mcm sis masa awal pregnancy hritu ,hb 10 je..lepastu sy makan iberet ..mkn stiap pagi bngun tdo .then sy prasan if sy sarapan n makan berat2 sebelum g checkup darah tu msti hb naik smpai 12. 😅 cuba sis srapan sbelum g checkup ..jgn pegi masa perut kosong tau..konfem hb rendah .itula yg sy prasan spanjang preggy ni..now dah 38weeks.doakn sy dprmudahkan bersalin ye sis 🥰

Baca lagi

sy beranak dgn hb bwh 8 sis msa anak slung dlu sbb sy Alpha thalassemia... alhamdulillah Allah jaga Sy dgn anak sy....Luka bersalin pun 1st degrees je, xsmpat episiotomy skali teran je anak dh kluar dgn mudahnya, lps bersalin anak ok sihat2 boleh discharge ke ward skali dgn Sy, sy pun ok xpayah tambah darah pun, dduk sehari semalam je trus boleh balik the next day...

Baca lagi

saye 37week now hb maintain 12keatas paling tinggi dpt 14.1 mase 34week . amalkan makan 1.kerang rebus 2.susu kambing ( saye minum jenama Higout ,1paket 1 hari waktu pagi ) 3.makan kurma dalam 3 biji tiap pagi 4.buah delima 5.consume zincofer tiap mlm bfore tdo ni antara yang saye amalkan . alhamdulillah hb cantik 🥰

Baca lagi
2mo ago

Waktu mengandung anak first, hb saya antara 8-9 sampai waktu saya beranak. Alhamdulillah anak okay sihat cuma dia kecil. Lahir 2.5. Sekarang dah setahun 9 pon badannya kecik

saya hb xpenah lepas 8... saya pulak Beta thalassemia trait. tapi doctor ckp hb boleh naik sb saya pembawak jaaa. mcm2 org bg tips saya ikot. semua bnda bgus untuk hb saya mkn. still sama. sekarang dh 33week. dari zincofer, iberet, maltofer semua dh try xok jgak.. tapi saya xdak pening ka apa. alhamdulilah lah yg tu saya ok... hb ja low sgt2

Baca lagi
2mo ago

Sama la..sy pun pembawa thalassemia. Mmg hb low. Try makan kerang, bayam, hati semua masih juga hb low. Doc kata tak boleh buat apa..doc minta sy mantain hb jangan kurang dari 9 je..kalu naik tak apa. Dan sy juga makan ubat iberet, doc yg syorkan.