macam mana naikkan HB?

boleh siapa2 sarankan apa yg boleh naikkan HB low? saya dari 12 turun 11 turun 9 skrang.. saya tak skip makan ubat tp ttap turun.. 😔 saya tak minum kopi, teh, milo.. lagi brpa hari nk checkup.. help me☺️

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Makan ubat apa? Saya makan ganilia sejak tahu pregnant smpai skrg 6bulan. Ubat klinik kesihatan tak makan sbb asyik muntah je. Hb 13 setiap kali checkup dari first checkup smpai sekarang. Saya makan je semua makanan kecuali nenas, durian, maggi jarang2 ☺️

3y ago

Cuba try ganilia. Dia bau kuat sikit tapi ok lah. Saya tak tukar lg ubat lain selain ganilia. Mmg amal ubat tu je.

Try makan ubat dengan jus buah yg tinggi vit c ataupon makan buah jambu batu. And kena consistent waktu makan ubat. Kalau tak okay juga, try cari ubat jenama lain, iberet ka maltopher ka. Saya makan iberet alhamdulillah hb makin okay 😄

makn pegaga hijau tu bnyk insyaallah naik darah ...sy PON jenis kurang darah keturunan saya darah rendah .. mkn pegaga alhamdulillah naik 11.5..sy g pkn cari Daun pegaga kampung jer.. LG satu kecing manis PON ok tau..

sy amalkan makan buah jambu batu setiap ari sis..sayur bayam 4x seminggu...kerang 2x seminggu...Hb naik lawa je...sy last week Hb 13.7..tekak saya X boleh telan susu tepung..so...ni jela sy buat utk kekalkan hb

Sis makan supplemen dengan air limau. Pastu banyakkan makan daging merah. Sy pun turun banyak, teh bunga jangan minum. Dan satu lagi, doc tambah 2 biji ferus formarate tu pastu memang laju naik semula.

Sy dulu pun hb rendah, tp lepas amalkan makan bayam,daging,buah yg ad byk vit C n minum air limau suam alhamdulilah hb naik dari 8.4 ke 11.2

Sya minum air lemon + gula sikit tiap pagi (Gdm kena skip gula) kerap makan buah jambu batu alhamdulillah 35w hb cantik maintain 12/11

Dah try makan ubat dgn air limau/sunquick tanpa gula? Susu kena jarakkan dgn ubat dlm 2 jam.

3y ago

Sabar laa ye 😅

cuba ibu makan ubat sebelum tido. banyakkan makan sayur hijau & buah jambu batu, tembikai

Hari2 makan kurma 3 biji....jgn skip..mkn bayam..jambu batu pon dapat membantu