Contributor

Mrs AS, Malaysia

A Mom To A Charming Son

About Mrs AS

Posts(37)Replies(6338)Photos(6)

Pengalaman bersalin 🥰 (10/7/20)

8/7/20 - Pagi tu ingat nak pegi beli barang. Suami baru balik kerja sebab shift malam. So dia tido dulu. Kita ni baring2 laa jugak sementara nak tggu dia bangun. Dlm pukul 10 pagi macam tu, nak bangun pegi toilet. Baru je berdiri, tetiba ada air jernih pekat mengalir banyak. Ah sudah dah kenapa ni 😅 due date 9/7. Tapi rasa sakit apa semua takde. Okay relaks dulu. Pastu pegi laa cuci apa semua. Pastu try baring balik lama2 sbb ada org kata kalau nak tahu tu air ketuban atau bukan, try baring semula lepas tu berdiri. So buat la jugak macam tu. Okay terus mengalir lagi air jernih tu. Ada jugak darah sikit2. Lepas suami dah bangun, ajak dia pegi hosp sg buloh. Dalam 3 lebih rasanya baru gerak. Sampai dkt sana, diorg kata sepatutnya kena pegi hosp selayang sbb buku pink under sana. Pulak time tu hosp tu still ada patient covid, so dia tak terbuka lagi utk orang yg jauh2. Tapi still jugak check dah ada bukaan atau belum. Hm sakitnya laa kena seluk 😅 tapi baru 1cm dia kata. So dia suruh balik dulu. Apa2 nnti refer je selayang. So kena la jugak balik. Tapi sebelum balik tu siap pegi kepci dulu sbb nak mashed potato 🤣suami layankan je laa. Tapi sampai ke sudah tak makan pun 😆 balik je rumah dah start rasa tak sedap perut. Pinggang pun rasa macam nak patah je. Malam tu mertua bawakkan air selusuh sanggul fatimah tu. Memang taknak minum pun sebab memang kena bebel saje dgn doktor kalau dia tahu. Tapi yelah kena la jugak minum sbb mertua kata takpe boleh je. Banyak kali bgthu kata tak boleh tapi yelah kang kecikkan hati dia pulak 🥴 minum la sikit tak sampai stgh cawan. Lepas tu tak lama sakit contraction setiap 2-3minit datang. Memang tak senang duduk dahh. Mertua risau tengok kita sakit je. Sebab asyik menonggeng tahan sakit 😭 9/7/20 - pukul 1 2 pagi baru la gerak pegi hosp selayang sbb suami tengok macam serba tak kena dah. Sebelum tu ada jugak bersama dgn suami buat kali terakhir sbb org kata dah hujung2 ni kalau bersama cepat bersalin. Okay try laa tengah sakit2 pun 😅 sampai je hosp, nurse kata katil memang takde kosong. Kena tggu siang baru dapat katil. Katil menunggu pun penuh. Tapi register la jugak sbb nak check bukaan semua. Bukaan still 1-2cm tapi sakitnya hanya Allah je tahu 😩 rasa sedih nak berpisah dgn suami sbb suami tak boleh temankan. Tapi dia stay je dkt dlm kereta. Sorang2 laa dok menahan sakit dkt kerusi besi smpai laa siang. Nak baring apa semua tak boleh sebab takde katil kosong kan. Memang sakit setiap 2-3minit. Menahan sakit dgn pegang kerusi je laa. Sejuk jangan cakap laa mcm mana. Siapa yg pernah bersalin selayang tahu macam mana 😅 rasa lambatnya laa nak pagi. Bila dah pagi, diorg ada sediakan sarapan semua. Tapi memang takde selera langsung nak makan. Org lain semua yg menunggu elok je duduk2 makan semua. Kita macam nak beranak je duduk situ. Mintak nurse check bukaan, still 2-3cm 😭 ya Allah lambatnya laa rasa. Nk dkt tgh hari baru nurse panggil nama, sama ade nak masuk wad kelas 3 atau 2. Suami pilihkan yg kelas 2 sbb memang tak tahan sangat tggu lagi katil sbb tak tahu bila lagi akan dapat katil kalau tggu kelas 3. Dah dapat katil, memang baring terus. Tapi tak boleh nak tido ke ape sbb sakit melampau. Nak mandi apa semua tak larat. Kalau tido pun macam pejam mata berapa minit je sbb sakit tu kejap2 datang. Pinggang macam kena lenyek dgn lori 😩 bila doc datang check bukaan pun still 2-3cam. Bayangkan laa macam mana perasaan time tu 🥴 tahan laa sakit sampai tgh malam. Bila dah tengah malam tu doc dtg check bukaan, dia kata dah 7cm. Fuhh leganya laa nak kena masuk LR dahh. 10/7/20 - bila dah masuk, nurse garang (siapa bersalin situ mesti tahu mana nurse yg garang tu 😬) check bukaan tapi dia kata baru 4cm. Ya Allah 😅 sakitnya macam dah nak meneran je setiap masa. Tapi bukaan still macam tu jugak 😓 nak salahkan pasal air selusuh tapi takpe laa 😅 dlm LR tu kejap2 panggil nurse sbb sakit sangat. Tapi asyik kena marah je sebab bising 🤣dlm 2 lebih doc n nurse check bukaan, dia kata dah 7cm. Nurse marah pastu suruh teran kalau nak sangat 😂 lama jugak laa sesi meneran tu sebab tak reti kan. Time kena gunting tu boleh rasa. Dlm 10x jugak meneran kot. Akhirnya tepat 2:54am keluar laa baby. Alhamdulillah 😭sempat lagi tanya nurse berapa berat baby. Kena marah saje laa 🤣berat baby 3.26kg tapi time ni pikir nak tido je. Sebab dah 2 malam tak dapat tido kan. Time kena jahit fuhhh.. 🥴🥴 Lepas dah siap semua, memang tido terus tak pikir nak susukan baby ke ape. 2 jam jugak tido dlm LR tuu. Lepas tu kena kejut dgn nurse suruh bangun sebab nak kena masuk wad balik dlm pukul 4 lebih. Dah masuk wad, baru la call suami suruh naik wad untuk azan dgn bawak balik uri. Lepas susukan baby, terus sambung tido sampai laa nurse kejut lagi sekali untuk dia kemas katil. Baru la time tu rasa lapar nak mandi semua ada. Tapi gigih laa jugaj nak mandi lepas bersalin tu. Semua benda kena buat sorang2 kan. Lepas tu baru laa borak2 dgn ibu2 yg tgh tunggu nak bersalin dlm wad tu. Kalau tak, tak larat nak bercakap langsung 🤣petang baru dapat keluar wad lepas dah settle semua benda. Leganyaa dapat balik rumah nak tido 😅🤣 Kalau tanya apa yg best, alhamdulillah time pregnant langsung takde ape2 alahan. Suami je yg kena masa mula2 dapat tahu pregnant. Pregnant seronok sangat walaupun macam2 keje kena buat, tak duduk diam. Tapi yg tak syok tahan sakit contraction macam nak meneran dalam masa 2 malam 😂 #bantusharing #firstbaby #babyboy

Read more
Pengalaman bersalin 🥰 (10/7/20)
Write a reply