Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doc, nak tanya.. ni kandungan pertama sy.. ikut pada plan suami nak sy bersalin di hospital swasta utk mengelakkan suasana crowd di hospital kerajaan.. tapi sy mempunyai asma dan beberapa hari ni sy kerap diserang asma.. kalau sy yg menghidap asma ni boleh ke bersalin di hospital swasta sebab katanya kalau ibu mengandung akan di refer di hospital kerajaan..

Baca lagi
4y ago

Hi Puan... eh tak ada masalah untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta. Cumanya di hospital swasta, Puan akan dijaga oleh doktor pakar. Kalau di hospital lain, mungkin doktor pelatih yang bantu. Pasal asma tu, Puan ada berjumpa doktor pakar pernafasan tak? Sebaiknya semua ibu yang ada asma dan hamil, saya sarankan untuk berbincang dengan doktor. Kalau Puan di KL, marilah datang jumpa saya. Saya boleh nasihat dan ubat yang sesuai untuk puan kawal asma puan. Sebab waktu bersalin nanti, stress hormone akan naik dan mungkin menjejaskan pernafasan Puan. Apa yang saya takutkan adalah nanti pernafasan Puan boleh terhenti sebab saluran tu dah jadi sempit. Minta-minta dipermudahkan ya?