Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dr.. Saya ada terbaca mengenai vaksin covid yang tidak sesuai untuk ibu hamil, kemungkinan berisiko pada kandungan kerana mengambil vaksin tersebut.. dalam masa yang sama, suami saya dah complete mengambil 2 dos vaksin, adakah bahaya jika kami melakukan hubungan intim dan ada kesan buruk tak pada baby? Sekarang saya hamil 8 minggu, smlm saya ade mengalami kencing keluar darah dan di panties ada tompokan darah berwarna coklat kemerah-merahan..adakah itu salah satu tanda keguguran? Saya harap dr. dapat membantu 😔

Baca lagi
4y ago

Waalaikumsalam! Allahu Puan, mana dapat info ni? Kreatif betul maklumat yang Puan dapat tu. Saya yang doktor ni pun terkejut. Okay begini, Puan. Buat masa ini hanya Pfizer yang dibenarkan oleh KKM untuk wanita hamil tapi dari Minggu 14 ke 33. Puan perlu bincang dengan pakar sakit puan dahulu. Tapi saya sarankan, Puan ambil vaksin ya. Yang pasal suami dah 2 dos dan nak melakukan hubungan intim tu. Astagaaaaa... takde masalah, Puan, sila teruskan keharmonian rumah tangga Puan ya? Takde pantang apa2 selepas divaksin. Setakat ini tak ada pulak saya dengar, suami yang kena vaksin, anak pulak yang dapat COVID. Yang pasal ada tompokan darah tu, Puan perlu berjumpa dengan Pakar Sakit Puan ya? Saya pakar pernafasan... nanti salah ilmu pulak.