Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Doctor, Saya tengah menyusu anak masuk 6 bulan; 1) Apakah vaksin Covid-19 tertentu yang sesuai untuk ibu yang menyusu badan? 2) Apakah kesan terhadap anak yang minum susu daripada ibu yg telah divaksin? Mohon penjelasan jika ada gejala perbezaan, antara vaksin pertama dan kedua 3) Mana lebih elok utk ibu menyusu badan - tunggu untuk tempoh masa yang tertentu, atau divaksin.. sedangkan tiada data yang menckupi bg golongan ini 4) Kes khas - anak ekzema, menyusu ibu yg telah divaksin - jika doc tahu, apakah ada apa2 kesan kepada anak? Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Terima kasih doc, kalau tahu Astra Zeneca blh cucuk, nnt nk daftar vaksin ni bila berpeluang