Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi dr! 1. adakah vaksin akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan? 2. bila bayi lahir, dia akan ada imuniti dengan covid19 ke? 3. bagaimana ibu hamil boleh dapatkan vaksin pfizer sperti yg disarankan kkm? adakah perlu maklumkan pada ppv yg kami hamil dan perlu ambil vaksin pfizer

Baca lagi
4y ago

Hi Puan.... buat masa ini, Puan jangan risau, masih belum ada data yang dikumpulkan tentang kesan vaksin terhadap ibu hamil atau bayi yang dilahirkan... kita boleh ikut garispanduan oleh KKM, so puan jangan risau ye. 2. Pasal bayi lahir pula, walaupun puan dah vaksin, imuniti tu tak dapat disalurkan kepada bayi... sebab tu, covid ke, tak covid ke, baby semua kita bg vaccine. Cuma COVID vaksin ni buat masa ini belum boleh diberi kepada bayi. Asalkan puan amik vaksin yang penting, okay dah. Sebab Puan hamil, Puan boleh register dalam MySejahtera. Cumanya bila Puan datang ke PPV tu, Puan kena isi borang yang dikhaskan utk ibu hamil. Ibu hamil digalakkan untuk ambil vaksin COVID tu. Doktor Puan akan buat penilaian risiko dan kebaikan puan untuk ambil vaksin. Jelas ye puan?