Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor, saya ada asma dan akhir akhir ni kerap diserang asma pada waktu pagi. suami bercadang nak saya bersalin di hospital swasta tetapi memandangkan keadaan asma saya yg kerap menyerang di pagi hari, suami tukar plan utk saya bersalin di hospital kerajaan. suami kata kalau ada asma nanti hospital swasta akan refer saya ke hospital kerajaan, betul ke doktor? Dan lagi satu, kalau waktu nak bersalin nanti saya diserang asma, akan ada komplikasi yg teruk ke? saya mild asma dan memang standby inhaler tapi saya cuba utk bergantung pada inhaler.. salah ke cara saya yg nak kurang bergantung pada inhaler?

Baca lagi
4y ago

Hi Puan.. alamak, puan ada asma ye? kenapa puan tak jumpa pakar pernafasan untuk periksa dan rawat asma Puan? Sebab kalau Puan hamil dan ada asma, ada kebarangkaliannya begini. 30% boleh baik. 30% takde perubahan.. dan ini yang kita taknak, 30% yang akan semakin teruk. Sebaiknya Puan jumpa doktor ya. Kalau nak datang ke hospital saya pun tak apa. Pintu saya sentiasa terbuka. Pasal hospital kerajaan atau swasta tu sama saja. Cuma di hospital swasta, Puan akan dirawat oleh doktor pakar SAHAJA. Kita di sini tak serahkan kes kepada doktor pelatih. Waktu Puan bersalin nanti, kalau puan diserang asma, memang boleh guna inhaler, tapi kena pastikan teknik dan inhaler yang betul. Dan juga kalau ada masalah lain yg berkaitan, harus dirawat. Ini sekadar nasihat ya, Puan. Waktu bersalin, stress hormone akan naik dan boleh jejaskan pernafasan dan kawalan asma. Jika tak dapat dikawal dengan baik, risiko untuk pernafasan terhenti langsung adalah tinggi kerana salur pernafasan tu boleh menjadi sangat