Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mengapa ada sesetengah ibu hamil yang ada kencing manis perlu ambil insulin? Apa fungsi insulin?

4y ago

Hi, insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk menghantar gula ke dalam sel bagi memberikan tenaga pada tubuh. Kekurangan insulin atau rintangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel tubuh untuk memberikan tenaga. Suntikan insulin perlu diberikan kepada pesakit diabetes tertentu untuk mengawal paras glukosa darah semasa hamil. Suntikan insulin adalah langkah paling efektif untuk pelarasan halus glukosa darah dan ia tidak akan memasuki plasenta. Jadi, jangan risau kerana suntikan insulin semasa hamil adalah selamat untuk bayi dalam kandungan. :)