Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Doc, Sy nak tanya macam mana kita nak kesan penyakit diabetes pada kanak2 selain dari pergi checkup di hospital? Gejala awal atau simptom. Tq Doc.

Baca lagi
4y ago

Hi Puan Imann, Diabetes Type 1 merupakan jenis diabetes yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Bahkan kanak-kanak yang menghidap diabetes ini tak semestinya mereka yang selalu makan makanan manis atau mempunyai berat badan berlebihan. Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut cepat haus, selalu lapar, sentiasa kelihatan letih dan kehilangan berat badan.