KERAP RASA SEDIH, KECEWA, MENAGIS
assalamualaikum. nak cerita sesuatu tapi sukar saya nak luahkan. ada 2wanita akan bersalin sama bulan dengan saya bulan 10 ni. ada mak mertua busy jaga adik ipar bakal bersalin anak ke 2. yelaa siapa lah saya baru anak pertama. tapi lantak lahh. tu hak mak mertua saya. ada mak kat kampung. tapi mak busy jaga orang lain / jaga makan minum orang lain. bakal jaga orang tu berpantang. padahal wanita tu bukan sesiapa dalam keluarga saya. dia cuma menumpang rasa malu bila mengandungkan bayi luar pernikahannya (dah 4kali terlanjur info dari orang terdekat beliau). tapi lantak dia lah. mak abah saya sebuk belikan keperluan dia. saya sebagai anak??? jauh disudut hati kod nak pandang. tah laa mungkin saya banyak berfikir. cuma saya rasa terkilan. "telan mati anak. luah mati bapak." saya marah, saya sedih sebab setiap kali berbual dengan mak abah saya mesti diorang cerita pasal wanita tu. sampai saya turun naik tangga banyak kali. drive laju2. angkat benda berat. bila rasa marah tu datang. saya marah dengan suami sebab tak faham hati yang tengah hiba. sebelum nak tidur saya menangis. 2 3pagi baru lelap. apa perlu saya buat untuk hilangkan rasa nagetif ni ???? dah lama saya pendam. dengan masalah kerja lagi. saya dah tak kuat. hati saya tak kuat.
sis jangan terlalu give in dengan overthinking. setiap orang ada masalah dan ujian sendiri. saya rasa sis boleh bincang elok2 dengan parent sis. mungkin diorang tak sedar sis terasa bila diorang asyik fokus pada perempuan yang lain. saya rasa diorang fokus pada perempuan tu lagi sebab dia mungkin lebih bermasalah dari segi status dia. jadi parent sis cuma untuk menjaga dia lebih. sis try cakap elok2 or usik cara elok dengan parent sis kata sis jeles nak juga dimanja. husband memang susah nak faham sebab sifat dia dan kita berbeza. tapi saya rasa parent sis boleh kot faham kalau sis cakap elok2. cuba sis fikirkan orang yang takdak parents yang takdak mertua. saya anak yatim piatu. mak belah suami saya pun dah meninggal. sepanjang saya pregnant and pernah keguguran ni teringin sangat nak mengadu macam2 dengan arwah mak tapi saya tak dapat rasai nikmat tu. alhamdulillah Allah maha adil maha kaya. saya ada kawan2 yang sangat baik saya boleh mengadu. tapi kalau sis betul2 rasa takdak sapa on your side sis mungkin sis cuma dekatkan diri pada Allah. dia sentiasa mendengar sis. mintalah apa saja dengan dia. kalau sis percaya in shaa Allah sis akan dapat apa yang sis nak. lagi lagi doa ibu mengandung ni di angkat tinggi. sis jangan sedih ya. dont overthink. think on the bright side. hormon sis mungkin buat sis lebih emo tapi jangan give in sangat pada emosi nanti syaitan take over. banyakan istigfar. semoga Allah mudahkan urusan sis.
Baca lagiBila kita rasa sedih rasa kecewa.. Apa kata sis cuba tgok khdupan org lain yg jauh lebih susah dari sis. Yg lebih makan hati. Yg lebih skit hati. Yg lebih sedih. Sya penah dlm keadaan sedih kcewa menngis msa awal prgnant.. Org kata bila2 blh ggur. Tu antara titik hitam sya smpai sya pkul diri saya sndri. Tibe satu hari sy jumpa satu video. Mngenai syukur dan kenap Allah uji bg kita jumpa org yg tak hargai kita. Bg kita rasa susah sgt perit sgt. Saya Lepas tgok video tu. Tsentak saya sbb baru sya tahu kenapa. Sbnrnya Allah nak kenalkan kat kita sifat dia Yang tahu Menghargai hambanya. Dia tak pernah salah alamat bg ujian. Msti sis ni sorg yg tabah. Sis bnykkan berzikir ya Syakur.. Ya Syakur.. Ya Syakur..Sya doakn sis tbah dan ambil bhgin positf dlm apa yg sis lalui. Doa lah moga husband faham pa yg sis lalui. Good luck sis. Take care. Mummy jaga baby baik2. Baby tak sbar nk jumpa mumy tu. Mumy jga elok2 ok
Baca lagisaya memang under pakar dah. sebulan kena g hospital pakar o&g. ni nanti kerap sebulan 2kali. terima kasih sis
Waalaikumussalam, semoga awk terus bertabah hadapi dugaan ni.. kalau boleh jangan banyak fikir sgt pasal apa y berlaku sekeliling kita esp perkara y buat kita sedih. cuba alih fikiran tiap kali nak terfikir perkara sedih.. mmg mengandung ni kita lagi cepat fikir negatif dan ber emosi. takpe, cuba cari hobi baru, memasak ke menjahit ke belajar ilmu baru ke, atau apa2 la yang awk minat.. ataupun fokus kat diri kita yang bakal jadi ibu ni, baca buku cara didik anak ke, perbaiki apa2 yang kita belum baiki.. yang penting jgn fokus sgt dah pasal org lain supaya awk tak terasa dan fikir negatif dah. Dan banyakkan doa, supaya mereka2 yang buat awk sedih tu terdetik untuk layan awk lebih elok selepas ni. insyaallah allah tolong 🥰 Stay strong, stay safe and keep positive always 🌹
Baca lagiKena ingat Anak tu harta paling berharga yg Allah swt bagi, tak semua org berpeluang rasai zuriat sendiri membesar dlm rahimnya.. awk kena tgk org yg kurang bernasib baik dr awak. Maybe boleh cari someone yg dipercayai utk luah rasa hati & support awk. Suami ni tak semua pandai memahami, lagi okey if awk dpatkan sesi kaunseling dgn pakar & mintak pakar terangkan situasi awk pd suami. Awk kena Control perasaan tu sbab klau dah beranak nanti tapi emosi bercelaru, itu punca yg boleh jadi Meroyan tu.. Bab org tua ni susah nak ckap, itu perkara biasa dlm kluarga yg kurang faham tntang agama. Klau ada income lebih, hire peneman masa lepas beranak nanti..
Baca lagiKalau sy laa kan sy ckp dpn2 apa yg terbuku. Serius awk akn puas and lega. BKn nk mnghalau prmpuan tu , tp kita sbg anak pon ada hak dkt org tua kita sndri. Dia siapa dlm keluarga tu. Serius i ckp. Lg u pendam lg sakit n berisiko dkt bby. U trpksa buat , klau x parent u x kn fhm hati seorang ank. Darah daging sndri . “Klau bole buat prmpuan tu sentap buat je , bg dia sedar diri skit .” Sbb sedara sy alami mcmtu after i bg suggest mcmni, Alhamdulilah fmly dia syg dia and bg attentions lebih. Xcuba kita xthu sis. Sbb klau dh u ckp husbens u mcmtu. Mmg ini je jln yg sy bole bg.
Baca lagiWaalaikummussalam sis moga stay positive n sabar, org pregnant ni emosi kita tak stabil tapi kdg2 cuba buat benda yg sis suka. Banyakkn bersedekah dan berdoa. Sis fikir mcm ni je, perempuan yg mak sis jaga tu mungkin org tgh susah jd mak sis rasa ber tanggungjawab untuk tlg. Mungkin mak sis fikir yg sis tgh ok n ada semuanya. Hati anak mane yg tak sedih tp sis kena kuat! Sis ad suami yg boleh jaga InsyaAllah. Mcm kakak sy berpantang d sarawak berjauhan sbb suami keje sane, jadi berpantang la sorang2 suami jaga yg selebihnya akk sy buat sendiri.
Baca lagijgn marah dgn suami, cuba cerita elok2 dgn ny, who knows, terbuka hati suami utk faham dan dia akn lebih supportive. parents pula, jgn difikirkan sgt. Bole effect kt baby, they'll grow the same feeling as yours, Parents awk mgkin empathy lebih thdp wanita tsbut, and your time will come, mrk bersama awk pula lepas tu, ya ? please be positive. its okay to cry, tp cari bahu yg bole disandar. Suami masih ada, share your burden, your sadness, your disappointment... kalau dia tk nmpk juga, cepuk ja dia...
Baca lagiEmm...sis dh try luahkan pd husben sis apa sis rs?? Sis jgn pendam2 k..nti sis stress leh jd darah tggi nti..xbaik tuk sis n bby nk2 sis kata kandungan sis berisiko.. rs better sis try slow talk bgtw apa terpendam d hti... Klu dorg x phm juge..try slow talk ngn husben smpai husben faham..slalu husben main peranan penting tuk jg hti wife..bg wife smgt spnjng preggy... Apa2 pn sy doakn mg segala urusan sis d prmudahkan..aamiin... Dan sis sntiasa d bwh lindungan Nya ..aamiin...jg dri bebaik k 😉✌
Baca lagiMungkin ni pembawakan masa pregnant. Kita jadi extra sensitif. Cuba fikir kalau kita tak pregnant, kita kisah tak kalau orang lain tak care pasal kita. Saya rasa sis mungkin seorang independent dan matang, sebab itu org lain kurang beri perhatian. Sebab rasa sis can handle yourself. Tapi tak bermakna mereka tak care dgn sis.. Saya doakan sis sabar dan kuat. You can do it.. Minta support from husband je la coz he always there for you
Baca lagiSabar yer sis, sy phm, tp jaga kandungan lagi penting, sis ada suami, tak perlu harapkan org lain. Sy pun akan datang ni In sha Allah malhirkan ank first, mak sy dah tua, entah dia ingat ke tidak mcm mana nk jaga pantang, tp sy x mengharapkan dia sbb phm keadaan dia, suami sy pulak x pndai masak, tp nanti dia akan cari org yg boleh msak kan lauk pantang, selagi kita boleh ikhtiar kita cuba buat sndiri..
Baca lagi
Baby: Loading in Progress