stress nak bf tp mak asyik bg formula

Anak sy dah start breastfeed, tp setiap kali anak merengek mak saya mesti bagi formula. baby lapar katanya.. penatlah nak tegur. niat memang nak bf betul2, tp mak saya asyik sumbat botol kat dia.. mungkin tu je cara dia nak bond dgn baby saya, sbb baby saya cucu pertama.. sy memang taknak bagi formula πŸ˜”

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

i can feel you sis sebab saya pun pantang dgn mak sendiri and cucu first since i am her only child. mak siap suruh husband gi beli susu formula tengah malam waktu saya dah tidur nak bancuh kat baby sebab baby saya asyik nangis. padahal saya dah susukan sblm saya rehat masuk bilik nak tidur kejap. saya stress sampai susu taknak keluar walaupun dah marmet, urut semua. kalau ada nurse dtg rumah cek ibu and baby, try berpakat dgn nurse tu suruh dia cakap kuatΒ² depan mak tu bahawasanya baby 6 bulan pertama digalakkan minum susu ibu SAHAJA supaya senang doc nak advice apa masalah anak time checkup. bila dah campur formula ni, anak nangis sakit perut ke apa doc xsure nak advice sebab susu atau memang baby ada masalah. saya bertahan je masa mak saya jaga pantang 3 minggu. saya pam depan mak nak tunjuk susu saya ada and cukup je untuk perut baby. cuma sbb mulut baby kecik and puting saya besar jadi baby susah nak latch and nangis kalau nak nyusu ngan saya. lepas mak saya balik memang saya directfeed je selalu baby saya. alhamdulillah skrg baby nak masuk 3 bulan dah and elok je dia nak direct feed sampaikan tidur pun asyik nak mengempeng je. saya doakan semoga sis diberi kesabaran dan semoga berjaya sedarkan mak yg susu ibu is the best.

Baca lagi

kalau perhati betul2 pantang style org dulu ni bercampur aduk,berbeza pemahaman masing2. asalnya lain bila turun ke setiap generasi jadi maksud lain. mcm main game radio buruk la.. dekat org first amalan yg betul tapi bila sampai dkat org terakhir terus hilang maksud sebenar. patut org tua yg berada dlm landasan yg betul, depa akan push utk fully breastfeeding. tapi tu lah, maybe dulu depa xbleh nak berkepit dgn baby sendiri sbab org tua ambik urus 100% , jd rasa "tak puas hati" tu wujud dlm diam utk ke generasi seterusnya. nak tegur org luar maybe senang tpi family sendiri klau hati xcukup kental&kepala xcukup keras memang gitu la mkn hati 🀭

Baca lagi

Anak pertama pantang dengan mak sendiri. Mak suruh bagi susu formula katanya lapar asyik nangis. Anak pertama tak tahu so ikutkan je sampai susu badan pun drop. Pantang anak kedua nie dengan mak mertua. MIL sangat positive. Selalu ingatkan suruh bagi susu badan jee. Makan pun suruh kerap² supaya susu banyak. Hahaha 😁

Baca lagi

Situasi kita sama sis. Cuma sy ni MIL yg tentu anak sy itu ini. Sebab anak tu anak sis, sis ada hak utk bersuara. Lagi2 bab penyusuan. Susu ibu adalah yg terbaik. Bila ada benda yg kita tak suka, better suarakan terus. Mcm sy, sampaikan sy sound MIL sebab sy taknak nanti sy stress pastu bgi kesan dekat penyusuan anak.

Baca lagi

Saya pun dulu MCM sis jugak masa anak first dan cucu pertama...cuma bezanya saya mil yg jaga...cucu first MMG MCM tu agaknya... haii nak tegur takut terasa betul tak.. anak first tak sampai setahun saya pregnant lagi..dan skrg dah nak 5 cucu dia..hahhaaa tak dan layan dah.

Kalau sy, saya ckp je sis. Kadang2 org tua mmg mcm tu. Nak pakai barut la apa la. Kalau pakai barut duduk aircond okay la. Kalau pns kan ruam baby. Ni lg bab susu, lg kne bertegas dgn mak. Kalau berat baby okay bila bf, buat apa nk topp fm. Baby nangis xsemestinya nk susu.

1y ago

Hahaha. Kebetulan sy pun czer, dah 4 bln lps czer baru berani sikit nak pakai. Kalau x seriau sis

TapFluencer

Hai mommy. Kena bagitahu mak mommy ada susu. Alhamdulillah boleh supply pada anak. Susu FM bila sebab tertentu je. Kalau takda doc nasihat suruh bagi fm tak perlu fm pun. Bila anak merengek nak susu bagitahu je mak bagi pada mommy untuk susu kan

By hook or by crook, kena bertegas juga. Awak dan suami kena sama sama bertegas dengan mak awak. Mak awak kena hormat keputusan awak sebab awak ialah seorang ibu kepada anak awak, walhal mak awak cuma seorang nenek kepada cucu.

awak kena tegas. baby merengek bukan sebab dia nak susu. itu cara baby berkomunikasi dgn kita. jgn overfeed baby. bgtau mak awak baik2. susu ibu lebih baik dn dpt protect imunisasi badan baby awak.

sis kne bertegas jgk kata nk bg full bf,x pun klau mak sis nk bg susu jgk kata bg susu bdn x yh bg formula,sis pam susu bg dkt mak tu kata klau nk bg,bg je susu tuπŸ˜‚