stress nak bf tp mak asyik bg formula
Anak sy dah start breastfeed, tp setiap kali anak merengek mak saya mesti bagi formula. baby lapar katanya.. penatlah nak tegur. niat memang nak bf betul2, tp mak saya asyik sumbat botol kat dia.. mungkin tu je cara dia nak bond dgn baby saya, sbb baby saya cucu pertama.. sy memang taknak bagi formula 😔

i can feel you sis sebab saya pun pantang dgn mak sendiri and cucu first since i am her only child. mak siap suruh husband gi beli susu formula tengah malam waktu saya dah tidur nak bancuh kat baby sebab baby saya asyik nangis. padahal saya dah susukan sblm saya rehat masuk bilik nak tidur kejap. saya stress sampai susu taknak keluar walaupun dah marmet, urut semua. kalau ada nurse dtg rumah cek ibu and baby, try berpakat dgn nurse tu suruh dia cakap kuat² depan mak tu bahawasanya baby 6 bulan pertama digalakkan minum susu ibu SAHAJA supaya senang doc nak advice apa masalah anak time checkup. bila dah campur formula ni, anak nangis sakit perut ke apa doc xsure nak advice sebab susu atau memang baby ada masalah. saya bertahan je masa mak saya jaga pantang 3 minggu. saya pam depan mak nak tunjuk susu saya ada and cukup je untuk perut baby. cuma sbb mulut baby kecik and puting saya besar jadi baby susah nak latch and nangis kalau nak nyusu ngan saya. lepas mak saya balik memang saya directfeed je selalu baby saya. alhamdulillah skrg baby nak masuk 3 bulan dah and elok je dia nak direct feed sampaikan tidur pun asyik nak mengempeng je. saya doakan semoga sis diberi kesabaran dan semoga berjaya sedarkan mak yg susu ibu is the best.
Baca lagi

