FPP Sungai Buloh

Ada sesiapa sini yg ada pengalaman bersalin dgn Dr Sai Sudha di hospital sungai buloh tak? Boleh share?

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya dlu msa 1/1/2020 bersalin dgn doc yusrina memang ok terbaik , doc tu baik sangat fpp sungai buloh , kali kedua 17/1/2022 bersalin dkt hospital uitm so bad paling teruk kita byar lepas tu student smua tgok bgai saya ni mcm uji kaji tgh sakit boleh pulak nk interview tnya soalan mcm2 nk jahit pun nk ajar student and yg paling worse skali bila first day beranak nk kena uruskan sndiri baby ap func byar 3000😂 mmg tak pegi dh hospital uitm yg baru tu . lebih baik fpp sg buloh lgi better layan mcm 5 star ⭐️

Baca lagi
1mo ago

normal

Ok sangat sis fpp sungai buloh. Pengalaman saya bersalin anak kedua. Masa tu tak sakit sangat pun. Ingat belum nak bersalin lagi. Pastu.. Elok pulak jalan nak ke Hosp Sungai Buloh tu jammed. Traffic light banyak pulak tu. Haih. Tak ku sangka haha sebab biasanya dalam 15 minit je dari rumah. Sekali ada lah dekat setengah jam kot. Sampai kat sana terus nurse tolak masuk labour room, 3x teran baby dah keluar. alhamdulillah. Tapi saya bersalin dengan doktor lain,

Baca lagi

Saya pernah bersalin fpp sungai buloh sebabnya kita boleh pilih pakar yang kita suka.Tapi satu hal yang harus maklum,kekurangan doktor wanita di hospital kerajaan.Jadi tidak semestinya bila kita nak pilih doktor pakar mana yang kita suka,kita boleh senang nak dapat doktor perempuan.Tidak semudah itu.Kita mungkin boleh pilih doktor mana tapi bukan jantina doktor yang kita suka dan lebih syariah. Saya haritu dapat doktor lelaki, redha sajalah

Baca lagi

Maaf saya takde pengalaman bersalin fpp hospital sungai buloh. Hospital tu besar and memang bagus doktor serta nursenya. Saya pernah lalu je sebab jarak hospital ni dengan kediaman saya agak jauh. So far klu fpp ni takda masalah besar sangat sis. Dari awal kita book, check n scan baby sehinggalah bersalin memang puas hati. Kakak ipar saya pernah beranak dekat sana, dia cakap will repeat again . So maknanya tip top lah kan servis dekat sini

Baca lagi

Awk, saya pernah bersalin dengan dr sai sudha hospital sg buloh tu. Dia sangat baik, bercakap pun lemah lembut sampai tak dengar suaranya. Haha. Masa scan baby pun dia banyak bagi advise untuk memudahkan proses bersalin. Masa dalam labour room pula, dia selalu tanyakan apa yang saya rasa and pantau bayi dalam kandungan elok-elok. Sakit nak bersalin time tu dah lupa sangat dah, campur pulak dengan menangis. Nasib doktor n nurse layan jee

Baca lagi

fpp sungai buloh review saya pulak ialah bila berbayar sepenuhnya,sudah pasti servisnya juga lebih VIP,wad pun boleh pilih yang rata-rata ibu mengandung akan pilih single bedroom agar suami boleh menemani isteri bermalam di hospital.Kalau wad biasa ataupun 2nd class,suami hanya boleh melawat tidak untuk menemani di waktu malam. Saya tak tahu pulak pasal doktor tu.

Baca lagi

Fpp sungai buloh review.. hmm ada yang cakap best, tapi kebanyakannya memang gitau puas hati. Awak boleh check dekat google ja sis, ramai blogger up kisah diorang dalam blog. So far yang saya tahu harganya okay dan berbaloi dengan servis diorang bagi. Doktor baik, nurse baik tu dah kira alhamdulillah kan. Nak menangis time kontraksi tu pun tak kena marah hehehe

Baca lagi

Sama macam saya. Dulu bersalin dengan dr sai sudha hospital sg buloh. Dialah yang monitor saya waktu kandungan membesar dan banyak bagi nasihat apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Saya selesa dengan doktor ni sebab dia ikhlas buat kerja. Sebelum nak jumpa dia untuk scan baby pun, saya akan make sure tanya macam-macam soalan. Dia pula ok je melayan hihi

Baca lagi

dr sai sudha hospital sg buloh. Dia Profesional, Sangat baik, dan bila berbicara dan melihatnya, ibu-ibu terus akan dapat mempercayainya. Saya ada pengalaman bersalin dengannya untuk cahaya mata ke-4. Bukan tu je, dia adalah doktor bedah ketika saya terpaksa beranak secara caesar. So far alhamdulillah semua okay, jahitan pun cantik. Selamat berjaya sis!

Baca lagi

Adik saya pernah dapat rawatan untuk bersalin dekat fpp sungai buloh. Sebelum ni dia pernah juga merasai fpp putrajaya. So far dia cakap ok je semuanya. Kalau nak dibandingkan, dia lebih pilih fpp putrajaya lagi kot.. Masa beranak tu pun dia tak dapat dr dr sai sudha dekat hospital sg buloh. Dapat doktor lelaki, mungkin sebab ni kot dia kurg selesa

Baca lagi