FPP Sungai Buloh
Ada sesiapa sini yg ada pengalaman bersalin dgn Dr Sai Sudha di hospital sungai buloh tak? Boleh share?
Adik saya pernah dapat rawatan untuk bersalin dekat fpp sungai buloh. Sebelum ni dia pernah juga merasai fpp putrajaya. So far dia cakap ok je semuanya. Kalau nak dibandingkan, dia lebih pilih fpp putrajaya lagi kot.. Masa beranak tu pun dia tak dapat dr dr sai sudha dekat hospital sg buloh. Dapat doktor lelaki, mungkin sebab ni kot dia kurg selesa
Baca lagiSaya tak tahu pulak pengalaman bersalin dengan dr sai sudha hospital sg buloh. Tempoh hari saya masuk ke sana pun pilih doktor lelaki. Sebab on that time semua dah fully booked. So far anak saya tiga orang semuanya selamat dilahirkan di sini tanpa masalah serius. Lagipun my sister and ipar duai yang recommend dekat sini. So far, sangat berbaloi
Baca lagiWalaupun saya stay berdekatan dengan hospital sg buloh and pernah lah bersalin dekat sini. Tapi, saya dapat doktor hebat iaitu Doktor Thow Sun Tha. Dia memang bagus, dari hari first scan n check up baby, selalu akan ada waktu dia tanya saya ada apa-apa persoalan. So memang time tu selesa lah nk gitau pape dekat dia, suruh tanya sangat. haha
Baca lagiSaya book fpp sungai buloh. due saya 26/5/23 ni.. doakan saya dipermudahkan urusan bersalin 🤲 alhamdulilah buat masa ni saya pergi ke klinik o&g, layanan servis semua tiptop. Pastu tunggu giliran pun tak lama. Doc sangat peramah dan sangat knowledgeable. Sebab saya book last minit masa saya 36 minggu, so hanya ada 1 doc ja yang available.
Baca lagiSis saya pernah ada pengalaman bersalin anak kedua dengan dr sai sudha hospital sungai buloh tu. Dia okay sangat, sangat professional, sangat relax dan sentiasa aktif. Walaupun saya tahu dia penat nak melayan karenah mengada-ngada masa sakit contraction. Nurse semua memang baik n muka manis ja, kita pun selesa nak beranak kt situ
Baca lagiMasa mengandung dulu, pernah juga lah saya survey fpp sungai buloh ni. Katanya kena book awal takut penuh. Masa tu saya pergi walk in je dengan husband. Tapi kandungan saya dah nak masuk 8 bulan. Kebetulan pulak fully book, agak kecewa juga lah sebab tak berpeluang untuk merasai. Mungkin anak lepas ni dapatlah kot,
Baca lagiSaya pernah ada pengalaman bersalin fpp sungai buloh. Review yang boleh saya bagi adalah FPP ni konsep dia macam hospital swasta tapi bersalin di hospital kerajaan. Perbezaan dia pula bagi saya dapat doktor pakar sendiri yg akan buat check up sampai lah tarikh bersalin. so far saya bagi lima bintang
Saya adalah baca review fpp sungai buloh dekat blog-blog dalam internet. Semua cakap puas hati je. Yang penting waktu mengandung ni kena selalu berfikiran positif, tidak kisahlah dapat doktor wanita ka, lelaki ka, asalkan semuanya berjalan dengan lancar. Ni pesanan mak saya lah..
Tak pernah dan tak tahu pula pasal fpp sungai buloh. Sebab saya bersalin yang sulung haritu alhamdulillah rezeki dapat boom dekat hospital di kampung. Berpantang and urus baby semua mak yang tolong jagakan sebab husband saya terpaksa outstation
Sorry awak, saya sendiri pun tiada pengalaman bersalin fpp hospital sungai buloh. Sebab jarak dia agak jauh dengan rumah saya. Masa pregnant anak first adalah juga survey sana sebab pernah admit ward sebab alahan teruk.
Household goddess of 2 sunny watermelon