Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Rasa tegang di parut ceaser sebelum ni
Hai, sy sedang mengandung kali kedua 32 weeks. First dulu sy emergency ceaser. Dan skrg baru terasa tegang di parut ceaser sebelum dan juga parut operate appendix. 12hb ni baru ke klinik utk checkup. Normal je ke? Sbb kalau ikutkan perut sy takde la besar sgt. Org pun tak perasan dah pregnant 8 bulan
37 minggu
Esok sy dah masuk 37 minggu. Baby dah kerap mengeras setiap hari dlm seminggu ni dan ada keluar mcm keputihan sikit tp bukan lendir. Siapa yang dah bersalin 37minggu? Keluar tanda apa ya boleh share? Sy anak first ni jadi tgh monitor tanda2 bersalin. Tq
Tanda ke?
Pregnant anak sulung 35w, dah start rasa mengeras dan sakit celah kangkang dan di bahagian kemaluan. Normal ke ya?
Perut Kecil
Dah masuk 35w tapi tinggi perut 31 je, tak cukup 4. Doktor scan air ketuban okay, baby kepala okay, berat pun dah 2.5kg lebih. Ada ibu ibu pernah ada pengalaman camni? Nurse ckp takut baby dah turun bawah tp kepala belum masuk laluan lagi
Dah tak lama ke?
Salam, sy pregnant 34w3d. Dlm minggu ni kerap rasa baby mengeras, kerap ulang alik tandas kencing sbb rasa ngilu kat ari ari. Kadang2 membuang sembelit, harini cirit birit. Baby gerak okay. Pinggang dah rasa lenguh mcm senggugut. Celah kangkang pun sakit. Normal ke? Maaf sbb anak sulung jadi tak tahu mcm mana. Sy baru discaj hospital baru2 ni sbb baby tak aktif dlm perut, skrg dah okay sbb tak puasa.
Baby Kicking
Salam, sy dah masuk 29weeks, tadi scan kat KK doktor cakap baby besar lebih seminggu. Kepala dah kat bawah, tak tutup laluan. Dalam seminggu ni sy tak dpt nak mengiring ke kiri dah rasa sakit di rusuk kiri, doktor ckp tadi sebab kaki baby belah kiri sy dan dia menendang betul2 bawah rusuk. Mcm mana nak hilang sakit ni atau mmg mcm ni je? ?
Baby kurang aktif
Salam, sy dah masuk 27w3d, dalam 4-5 hari ni perasan pergerakan baby slow. Tak byk menendang, kalau dulu masuk 25w kuat rasa tendangan siap bergerak perut. Skrg ni slow je pastu banyak rasa gegar yg buat ngilu nak kencing, kadang rasa baby tersedu. Skrg tgh pikir nak ke klinik ke tak sbb kalau ikut checkup, isnin ni baru jumpa nurse. Kalau checkup swasta dlm rm60 jugak habis. Tlg share pandangan ibu2. Tq
Biji ruam di kaki
Salam, saya dah nak masuk 24w alahan dah okay cuma time gosok gigi je muntah. Kalau pepagi tu muntah liur je pastu keluar cecair pahit warna hijau. Dan sekarang ada naik biji ruam kat kaki saya dua2 belah dari lutut ke bawah. Dia punya miang tu mmg nak menggaru je. Normal ke ye dan ada tak tips nak hilangkan gatal tu
Sakit belakang
Skrg sy pregnant 21weeks, sebelum pregnant sy pernah check tulang belakang bengkok iaitu Skoliosis tapi bengkok tak teruk. Boleh baik kalau pegi fisio. So sy ada buat fisio tak lama sampai la last sy fisio doktor tekan tulang belakang sy sampai ke perut sy rasa perut mengeras, masa tu sy syak sy pregnant dan sy cek positif. Skrg belakang sy sakit sgt ditambah dgn perut makin membesar, tp sy terlupa nak bgtau nurse kk pasal tulang belakang sy, skrg tgh tahan sakit, sebelum ni telan painkiller, skrg kena sapu minyak angin je. Ada tak cara nak kurangkan lenguh2 belakang ni lagi2 tempat tulang tu bengkok?
Perut kecik
Sy pregnant 21weeks anak sulung, dengan berat 60kg dan tinggi 168cm. Tapi perut kecik, baring rasa bonggol sikit je. Ramai yg tegur kenape perut tak nampak, perut kecik tp tiap kali checkup jantung baby nurse takde ckp pape pulak. Mmg normal ke ye? Mak sy pun masa pregnant adik bongsu org tak perasan pun dia pregnant sampai la bersalin.