Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bila boleh kita invest kat anak i mean simpan duit untuk dia membesar skaligus kita boleh invest untuk make sure ia mencukupi?

3y ago

Boleh. Antara investment yang boleh dimulakan dari hari pertama anak lahir adalah akaun SSPN. Akaun simpanan ini dijamin kerajaan (PTPTN) dan mempunyai banyak manfaat seperti takaful. Huraian di sini: https://www.facebook.com/FiremindsPLT/posts/pfbid0UP4rzTwZYnV3smtLyQSzefwwdJdZjXZoompNr9RpVY69xTbEnubD8MPE6sA3zoyvl