Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaimaa Razak, Senior Audiologist, Audiolab

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Tahukah anda masalah perkembangan pendengaran pada kanak-kanak boleh dikenal pasti sejak kecil lagi? Ibu Ayah pernah terfikir tak jika anak anda ada masalah pendengaran? Tahukah anda cara untuk mengenal pasti jika mereka mempunyai masalah pendengaran atau tidak? Bolehkah anda kenal pasti simptom-simpton untuk ini? Perkara apa yang anda perlu teliti? Adakah setiap usia tahap perkembangan pendengaran berbeza? Masalah ini boleh diselesaikan dengan alat pendengaran telinga atau tidak? Adakah cara korek telinga pun memainkan peranan? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Perkembangan Pendengaran Anak Anda bersama Puan Syaimaa Razak, Senior Audiologist di Audiolab pada 5 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaimaa Razak, Senior Audiologist, Audiolab
3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bayi saya usia 31 hari, kedua² telinganya kering d kawasan cuping dan keliling telinga termasuk belakang, bila dilap dengan kapas melekat kuning dan berbau seakan nanah... apa yg terjadi pd telinga anak saya?

Post reply image
2y ago

Terdapat 2 kemungkinan: 1. tahi telinga 2. jangkitan (telinga luar atau telinga tengah) Jika anak menunjukkan rasa tidak selesa/sakit, atau tidak memberi respon yang sepatutnya terhadap bunyi, segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, jangkitan telinga tengah sering berlaku terhadap kanak-kanak yang mengalami batuk/selesema yang berterusan.

TapFluencer

Assalamualaikum Puan Syaimaa', Adakah air masuk ke dalam telinga anak semasa mandi beri risiko pada pendengaran dan kesihatan telinganya?

2y ago

Baik. Faham. Terima kasih puan

TapFluencer

Salam Puan, Apakah cara ibu/bapa untuk memantau kesihatan pendengaran anak? Terima kasih

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam. Ibubapa perlu melihat adakah perkembangan anak-anak seiring dengan perkembangan pendengaran yang sepatutnya. Seawal kelahiran hingga usia dua bulan Senyum atau senyap apabila ibu bapa bercakap dengan mereka. Menunjukkan respon yang berbeza terhadap bunyi semasa menghisap susu; sama ada berhenti seketika atau menghisap dengan secara perlahan-lahan atau semakin kuat. Tiga bulan hingga enam bulan Suka pada permainan yang menghasilkan bunyi-bunyian. Menunjukkan respon dengan menghasilkan bunyi-bunyian terhadap suara yang dikenali. Tujuh bulan hingga sebelas bulan Menoleh atau mencari bunyi yang biasa didengari walaupun sumber bunyi tidak kelihatan. Contohnya bunyi telefon, bunyi tapak kaki, atau bunyi kucing. Menari dengan gaya sendiri apabila mendengar muzik atau nyanyian. Satu tahun Menunjuk ke arah gambar atau objek apabila disebut oleh ibu bapa atau ahli keluarga. Menunjukkan emosi yang berbeza terhadap tona suara ibu bapa. Contohnya menunjukkan riak sedih apabila d