Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor

Adakah anda risau susu badan akan bekurangan semasa berpuasa nanti? Sudahkah anda merancang cara untuk meningkatkan susu badan sepanjang ramadan? Apakah kelebihan booster LactoMomma berbanding dengan booster lain? Sudah cuba pelbagai booster tetapi susu badan masih kurang? Jom tanya semua persoalan anda tentang isu penyusuan susu ibu dan cara untuk menambahkan susu badan sepanjang Ramadan bersama pakar kami Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma dan Breastfeeding Peer Counsellor pada 14 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor
12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi puan, saya mempunyai baby berumur 7 bulan dan sudah bercampur makan makanan orang dewasa (yg dah bercampur garam dan gula serta lauk dan nasi).. saya perhatikan dalam seminggu hanya sekali dua je baby membuang air besar.. normal ke baby berumur 7 bulan dalam seminggu jarang membuang air besar.? lagi satu soalan, bagaimana saya nak menambah susu badan bagi menampung demand baby dan makanan apa yg berkhasiat yg perlu saya makan untuk menghasilkan susu yg berkualiti untuk baby saya..

Baca lagi
3y ago

Assalamualaikum Puan. Bayi kecil tidak selalu buang air besar itu perkara biasa. Terutamanya kalau masih menyusu badan. Bayi yang sudah mula makanan solid, Masih dalam fasa adjusting. Ibu tak perlu risau jika bayi tidak kerap buang air besar. Tanda-tanda bayi perlu medical attention kalau buang air besar: baby muntah perut kembung irritable Tak buang angin Jika ada tanda-tanda di atas, Boleh berjumpa dengan doctor segera. Bagi soalan cara menambah susu badan pula, Ibu perlu berpegang kepada concept. Lebih banyak anak menyusu, lebih banyak susu dihasilkan atau lebih dikenali dengan ‘supply and demand’ Makan makanan yang berkalori tinggi dan berserat to keep you full for longer. Food such as oats, kurma, brown rice, sayur-sayuran Boleh membantu meningkatkan penghasilan Susu badan.

Salam Puan Bagaimanakah cara untuk saya mengekalkan kecergasan sepanjang hari berpuasa selepas breastfeeding? Dan betul kah susu bercoklat dapat menambahkan susu badan?

3y ago

Walaikumsalam Puan Ada beberapa tips untuk soalan Ini. 1. Minum air yang cukup ketika berbuka puasa, antara waktu tidur dan semasa bersahur. 2. Lewatkan waktu bersahur. Ambil makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ikan, ayam, dan telur 3. Elak makanan tinggi garam kerana ia akan menyebabkan kehausan. 4. Tidur awal supaya tidak letih dan mengganggu emosi. 5. Sentiasa positif dan kekalkan emosi ceria. 6. Jangan paksa diri dan kenali tanda-tanda dehidrasi. Jika perlu, berbuka untuk mengelakkan Ibu dari dehydration Tiada research yang menyatakan Susu bercoklat dapat membantu dengan penghasilan Susu badan. Walaubagaimanapun, apa saja yang Ibu makan atau minum, if it makes you happy, then the happy hormones akan menjadi chain reaction kepada hormone penghasilan Susu, Dan penghasilan Susu akan bertambah

assalamualaikum Dr, bagaimana nak banyakkan Susu badan jika anak tiada ( baby NICU umur sebulan 25 Hari) sy guna Cara marmet je sbb tiada pam.

VIP Member

Hi puan, adakah susu badan saya akan oversupply jika ambil kuantiti cookies LactoMomma secata berlebihan. Saya makan mcm snek sebab sedap😅

3y ago

Hi! There could be a possibility 😅 Jika terasa payudara penuh terlalu cepat, Boleh Kurangkan quantity cookies ya

Assalamualaikum doktor sekiranya saya mengandung saya masih boleh susu kan anak saya yang sulung kaa? Mohon penjelasan. Terima kasih

3y ago

Kebanyakkan Ibu mengandung Masih Boleh menyusu anak. Walaubagaimanapun, please check with your doctor on your health status and ask for their advice

TapFluencer

Hi Puan. Selain mengambil kurma dan makan berserat sewaktu sahur. Apakah makanan yang mampu menambahkan susu ibu di sewaktu berpuasa?

3y ago

Here is some ideas for you 1. Green smoothies. Banyak resipi Di internet that you can follow. Filled with lots of good green fiber 2. Telur separuh masak, high in protein dan mengenyangkan 3. Sandwich Roti whole meal Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama 4. Bubur oat Oat memang terkenal kerana khasiatnya kepada kesihatan, oat juga membantu ibu menyusu kerana ianya mengenyangkan, dapat memberi lebih tenaga dan melawaskan sistem pembuangan.

TapFluencer

Salam Puan, Boleh puan suggest kan supplement terbaik untuk menambahkan susu selain dari supplement based susu atau kurma..❤️

3y ago

Walaikumsalam! Puan Boleh cuba cookies LactoMomma. It is all natural and mudah untuk consume. Filled with rolled oats, golden flaxseeds, halal brewers yeast and extra virgin coconut oil

VIP Member

Salam puan, Makanan apa yang memberi tenaga dimakan waktu bersahur untuk ibu breastfeeding supaya susu tidak berkurang?

VIP Member

Salam puan, sekiranya saya terlepas waktu sahur, adakah penghasilan susu terjejas utk anak sy?

3y ago

Walaikumsalam. Ada kemungkinan penghasilan Susu Puan Boleh terjejas kerana Kurang tenaga untuk menghasilkan susu. But do listen to your body. If you feel like it will effect your milk supply, digalakkan untuk berbuka. Jika Puan rasa okay. Boleh sambung berpuasa

Assalamualaikum sy nak bertanya untuk makanan pertama bayi disyorkan makan apa ye?

3y ago

Walaikumsalam. Selalunya, makanan pertama yang diberikan kepada bayi adalah daripada jenis bijirin, seperti nasi atau oat Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, bayam, brokoli etc Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan dan berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.