Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung.

Hello Semua! Ramai di antara anda yang ingin membincangkan tentang isu penjagaan bayi yang baru lahirkan? Ada yang tidak pasti bagaimana cara untuk memandikan bayi? Teknik yang betul untuk sendawakan bayi? Kenapa perlu membedung bayi? Kenapa bayi sering muntah selepas menyusu? Pasti terdapat banyak soalan yang anda ingin tanyakan kan? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang cara penjagaan bayi baru lahir dan teknik yang betul untuk menguruskan bayi anda bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung pada 30 August 2022, jam 4.30pm, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai Dr, 1 - adakah penggunaan mesin fototerapi di rumah berkesan untuk menurunkan kuning bayi? jika ya, adakah ibu bapa kepada bayi jaundice digalakkan untuk menyewa/menyediakan mesin fototerapi untuk bayi mereka? 2 - apakah breast milk jaundice? 3 - adakah pemakanan ibu mempengaruhi jaundice bayi?

Baca lagi
VIP Member

Salam sejahtera Dr. Saya ada soalan, harap Dr. sudi jawab, kalau selepas susukan bayi, ibu2 sendawakan bayi, tapi setelah lama menepuk bayi tidak sendawa, ibu2 pun sudah lenguh sebab lama menunggu tetapi tidak ada bunyi sendawa keluar, bolehkah kita terus letakkan saja bayi atau bagaimana pendapat Dr.?

Baca lagi
Super Mum

Hye Dr. Sy nk bertanya.. jika bayi menyusu badan, apakah cara yang terbaik untuk sendawakan bayi? adakah dengan tepukan di belakang n mengusap keatas? . jika bayi menyusu n tertidur, n tidak disendawakan, adakah ia menjadi punca bayi muntah n kembung? terima kasih Dr.

Baca lagi

Hi doktor, saya ada pertanyaaan setiap kali saya menyusukan bayi, bayi saya akan tersedak. Jika bayi sering tersedak setiap kali meyusu adakah ia akan memberi impact yang buruk kepada bayi untuk masa hadapan contohnya paru-paru bayi. Terima kasih.

TapFluencer

hi Doc, 1) normally berapa hari baby yg baru lahir mengalami jaundice? 2) berapa rate normal untuk result jaundice? 3) baby selalu berak lepas menyusu tu normalkah doc? berak kaler kuning...

Baca lagi
2y ago

tkasih jwpn nye doctor 🥰🤲🏼🙏🏻

Hi Doktor. Betul ke kalau ibu salah membedung bayi, ia akan memberi kesan kepada cara bayi berjalan ketika mencecah umur 3 / 4 tahun? contoh seperti kengkang. Betul ke Doktor?

TapFluencer

Hi Doc, 1. Jika newborn sering termuntah susu setelah menyusu adakah ia normal? 2. Bagaimana ingin mengelakkan bayi dari seringkali mengalami kembung perut? Terima kasih

Baca lagi

hi doctor, wanted to ask when is the best time to visit the doctor for vaccination and what types of vaccines I should consider for my newborn?

hai doktor..brp kali baby berumur dua bulan bole mnyusu susu formula dlm shari dan brpa oz limit?

bagaimana penjagaan tali pusat bayi yang betul selepas dilahirkan?