Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai Dr. Saya dan suami sudah ada medical card & income protection. Simpanan bulan masuk dlm ASB, TH, FD, SSPN. Apakah medium atau pelaburan lain yg sesuai sy lakukan utk simpanan anak2 utk masa hadapan selain saham?

3y ago

I love hearing such good moves has already started. Bagi gambarajah senarai instrument lain, dan risiko vs pulangan, puan boleh rujuk di sini : https://www.facebook.com/FiremindsPLT/posts/pfbid0bXdTZ2Z9Uc79xTEcGNLSbY8495MRUd2NXT1ou3FixFBMBWfGKhnypzHw3Eh47t8kl Tetapi kita tidak semestinya memegang segala jenis instrumen/pelaburan semata-mata bagi 'diversification'. Pelaburan yang sesuai bagi konteks ini perlu berdasarkan matlamat pelaburan ini,umur anak, dan samada untuk pendidikan anak local atau overseas, dan bidang. Untuk proses ini, sebaiknya puan menggunakan perkhidmatan financial planner.