Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya bekerja , suami bekerja. Ank seorang tapi masih rasa duit tak cukup any tips ? Nak cari kerja part time tapi nak cari masa utk anak jugak

3y ago

Sekadar berkongsi, puan perlu meniliti secara objectif keluar masuk duit menggunakan lejar, dan memulakan bajet keluarga. Dari situ, puan dapat mencari ruang untuk wang simpanan. Dari segi pilihan bekerja part-time, bergantung atas situasi keluarga. Bagus kalau puan dan suami membuat rekod perbelanjaan dan berjumpa dengan financial planner berlesen yang boleh menentukan pelan spesifik untuk puan dan tentukan keperluan kewangan keluarga puan. Secara am, ada individu yang memulakan bisnes kecil. Antara idea yang boleh dipertimbangkan: https://www.facebook.com/FiremindsPLT/posts/pfbid097QoNMz2cVNUA1gwwNLVo54HnF8oaJdrbTLzhypfvJ7y38JZ4FquKstmGucfsGG2l