Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doc ! suami keje kilang dan ade anak seorang,bulan ni dh start boleh mkn..hutang menimbun dan sye keje utk beberapa bulan saje..ade tak tips utk buat simpanan utk anak? or duit lebih utk emergency ? kadang2 mkn pun cukup2 mkn je..

3y ago

Hi Fee, langkah pertama bagi puan haruslah melawat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredi (AKPK) bagi pertolongan perancangan kewangan and hutang secara percuma. Fungsi AKPK sememangnya untuk situasi sebegini. https://www.akpk.org.my/contact-us#map-our-locations Di samping mendapatkan pelan dari AKPK, puan harus mula merekod perbelanjaan harian dan bulanan keluarga dalam handphone/buku secara disiplin. Duit bagi simpanan dan emergency sukar dibuat jika belum ada pelan menangani semua hutang. Tetapi dengan rekod perbelanjaan ini, situasi kewangan akan lebih jelas supaya AKPK atau financial planner dapat menolong puan untuk memulakan proses bina duit simpanan/emergency. Ada individu yang dapat memulakan bisnes kecil berdasarkan kemahiran yang ada (masakan/jahit/accounting) dan menjual kepada keluarga, kawan2 dan jiran. Some quick ideas: https://www.facebook.com/FiremindsPLT/posts/pfbid097QoNMz2cVNUA1gwwNLVo54HnF8oaJdrbTLzhypfvJ7y38JZ4FquKstmGucfsGG2l