Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hye doctor bagaimana nak urus kewangan dan perbelanjaan selepas anak ramai ye. bagaimana cara untuk berjimat ye dengan harga barang yang kian meningkat sekarang ni. bulan ni bayi saya masuk 6 bulan n akan start makan ada tips jimat tak untuk beli makanan bayi ?

3y ago

Hi, disebabkan limitasi ruang komen, saya rumuskan dulu. Yang penting, kena mulakan proses rekod perbelanjaan. Dengan menggunakan data tersebut, bajet boleh dirancang. Seperti bajet negara perlu dirancang awal, bajet sendiri pun bagus dirancang awal. Selepas memulakan langkah pertama ini, perlu mulakan proses mengawal kos. Dari segi makanan anak, bergantung kepada umur dan faktor2 lain. Di sini, kita tidak boleh bagi recommendation spesifik apa2 produk. Yang penting, selamat dan bernutrisi. Just for sharing, antara alternatif adalah rancangan awal supaya dapat membeli secara bulk/pukal dari channel, seperti Lazada sales. Fenomena inflasi di luar kawalan individu, tetapi yang boleh dikawal adalah pilihan ekonomik harian. Harap saya dapat membantu tuan/puan sekadar boleh