Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doc, Saya ada dua anak masih kecil, beza setahun. Saya sedang hamil anak ke tiga. Suami kerja contractor, gaji setiap Ahad. Memang cukup² makan, kadang ikat perut. Saya tidak bekerja, hutang dah bertimbun. Macam mana saya boleh bantu suami untuk uruskan wang dalam situasi sebegini? Terima kasih.

Baca lagi
3y ago

Hi Marie, dalam situasi sebegini, sangat mustahak bagi puan melawat branch AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan kewangan dan hutang. Ada program2 yang dapat memberikan pertolongan, tetapi puan akan bermanfaat maksima bila melawat AKPK: https://www.akpk.org.my/contact-us#map-our-locations Wujud program bantuan dan program kesihatan seperti: Bantuan Sara Hidup: https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/01/02/bantuan-sara-hidup-bsh-b40/ Ada individu yang boleh memulakan bisnes secara kecil dari rumah seperti jual nasi lemak/lauk/masakan untuk dijual ke jiran yg sibuk bekerja untuk memulakan proses ini, tetapi puan harus mula langkah pertama dengan melawat AKPK supaya situasi dapat ditangani awal.