Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc, sekiranya kewangan hanya cukup-cukup makan tetapi masih perlu buat simpanan untuk anak-anak,perlukah simpan di bank atau perlu ambil insurance with savings?

3y ago

Jika situasi kewangan cukup makan, berbahaya sebab kos tidak jangka (penyakit/kemalangan/disabilty)) boleh berlaku. Azlin bermanfaat untuk melawat AKPK supaya mendapatkan perkhidmatan financial planning percuma untuk menganilisa secara objektif. Ini nasihat terbaik untuk situasi di mana duit cukup makan sebelum kos luar jangkaan berlaku. Lokasi AKPK: https://www.akpk.org.my/contact-us#map-our-locations Sekadar berkongi sahaja: Simpanan di bank akaun biasa tidak dapat mengatasi kadar inflasi. Secara tidak langsung, wang tersebut hilang nilainya dari tempoh masa panjang disebabkan inflasi (contoh: harga barangan dan servis naik setiap tahun). Fungsi insuran pelbagai, bergantung kepada produk, tetapi pulangan secara am tidak boleh dijamin, dan tidak diketahui sama ada mencukupi untuk matlamat puan.