Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

investment yang mana lebih sesuai untuk keluarga ?

3y ago

Investment yang sesuai bergantung kepada tahap risk tolerance, matlamat pelaburan puan, tempoh pelaburan, dan keperluan kewangan (cashflow) keluarga. Secara am, pelaburan risiko rendah lebih sesuai untuk individu berkeluarga. Puan boleh menggunakan perkhidmatan financial planner berlesen untuk meneliti tahap risiko keluarga puan dan merancang agihan (asset allocation) pelaburan tersebut supaya selaras dengan risiko dan matlamat puan. Contoh tahap risiko pelaburan: https://www.facebook.com/FiremindsPLT/posts/pfbid0CwysXQ8idRLEWRMJuSkmmaieytisPvh75T7n43r7HJvLNTkZtYBWjQmGwpbEdoetl Contoh pelaburan risiko rendah yang boleh dimulakan dengan senang: Fixed Deposit bank (FD), ASB, KWSP.