Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc, Simpanan yang mana lebih baik untuk masa depan anak? Simpanan di bank/asb/tabung haji ataupun dalam bentuk goldbar? Terima kasih.

Baca lagi
3y ago

Simpanan di akaun simpanan bank tidak sesuai untuk simpanan jangka masa panjang disebabkan faedah atas simpanan bank tidak dapat mengatasi kadar inflasi. Nilai kuasa beli simpanan tersebut merosot secara tidak langsung. Pilihan lain puan semua bagus dan mempunyai pros/cons sendiri. Emas secara am digunakan sebagai simpanan konservatif. Puan harus juga meniliti tahap risiko puan (risk tolerance) dan pulangan yang puan perlukan atas simpanan ini. Puan boleh bandingkan pulangan atas instrument yang puan sedia ada dengan Google search : e.g. Gold 10 year return, dan Stock market 10 year return. Team saya mengajar proses mengira pulangan dan membandingkan pulangan, dan membuat model pengiraan, yg tidak muat sini. Tapi jika masa tidak mengizinkan, puan boleh menggunakan financial planner untuk proses ini. There's the element of shariah compliance to consider also.