Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT

Tidak dinafikan bahawa kos perbelanjaan akan berubah selepas ada anak, sama juga seperti selepas kita baru berkahwin. Adakah isu ini membuat anda takut untuk ada anak? Pernah tak anda terfikir bagaimana hendak pastikan wang sentiasa cukup selepas ada anak? Atau bolehkah anda membuat wang simpanan lebih selepas ada anak? Bagaimana untuk tidak rasa tertekan dengan isu kewangan? Tahukah anda cara pengurusan kewangan yang betul? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk menguruskan wang selepas ada anak dan tips untuk membuat simpanan lebih bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT, Financial Literacy and Trading Training for Young Adults pada 4 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Linges, Founder of Fireminds PLT
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, boleh tak tolong share cara untuk sentiasa ada wang yang cukup? terima kasih

3y ago

For me: Simpanan yang mencukupi, dan memastikan cashflow sentiasa positif. [savings = Income - Expenditure]. And to automate this process as far as possible to avoid human mistakes. Tapi situasi setiap orang lebih rumit dari ini, dan kadangkala memerlukan financial planner untuk menguruskan dan merancang ini. Wang yang cukup itu berbeza untuk setiap individu. Dan untuk memastikan sentiasa ada tabiat menyimpan/menabung, ada individu yang menggunakan automated savings setiap bulan untuk memastikan sentiasa ada proses simpanan ini. Bagus untuk menyediakan sistem bajet personal dan merekod perbelanjaan personal untuk menentukan wang yang cukup untuk perbelanjaan keperluan/simpanan masa depan/kesihatan. Dan secara am, bagus untuk menyimpan duit kecemasan. Terbaik untuk merujuk financial planner berlesen untuk merumuskan keperluan kewangan secara khusus. Farah boleh rujuk disini untuk contoh: https://www.akpk.org.my/akpk_faq/?lang=en&loc=faq_list&category=individual&topic=fc