Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam... 1 Dr saya sudah divaksin 1st dose..adakah ivf saya akan efek. Perlukah saya tangguhkan hasrat untuk buat ivf. 2. Kalaulah saya dah ada embrio ..tinggal nak transfer shj. Dan saya dah terima 1st dose cov vaksin.sesuai ke buat transfer.

Baca lagi
4y ago

As-salam Dr Adilah, isteri sy masih menunggu turn untuk 2nd dose pfizer dan pada masa yg sama kami juga sudah memiliki embrio yg telah dibekukan dan sedia untuk FET. Adakah isteri sy juga perlu menunggu selama 2 bulan selepas menerima suntikan kedua vaccine untuk FET? Apakah rasionalisasi untuk tempoh 2 bulan tersebut?