Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr. Adilah, boleh saya tanya? Dalam group TTC di Facebook, ramai betul yang berkongsi nama-nama ubat mcm Duphaston, Metformin, Clomid, Cholecalciferol, mcm2 lg. Boleh doktor explain apa fungsi ubat tu? Dan kalau saya mula buat IVF, adakah saya akan diberi ubat2 yg sama?

Baca lagi
4y ago

Sebenarnya, atas etika professional, saya tak boleh sebut pasal jenama ubat-ubat ni... sensitif, Puan... tapi kalau Puan nak tahu, ubat kesuburan ni ada macam-macam. lain doktor, lainlah pilihan dia. Apa-apa pun Puan boleh bincang dengan doktor Puan.