Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalam, doktor. Saya sedang hamil sekarang dan berhajat nak jarakkan kelahiran selepas baby ni. Berapa lama lepas saya bersalin before saya dan suami boleh datang utk IVF? Tujuan kami nak simpan dulu embryo. Penat nak hamil lagi selagi COVID tak habis ni.

Baca lagi
4y ago

Adakah ni maksudnya Puan ada simpanan embryo lebih? Atau Puan hamil sekarang secara natural. Tapi kalau Puan hamil secara IVF dan ada embryo lebih, Puan kena ingat untuk check ngan IVF centre Puan tu tentang kos penyimpanan telur. Takut nanti bila Puan terlepas pandang pasal bayaran simpanan tahunan tu, nanti takut embryo Puan dilupuskan... Sayang tu!