Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doktor, boleh ke sy nak dapatkan kepastian? Saya tengok banyak betul produk yang kononnya boleh tingkatkan kesuburan. Kalau sy nak buat IVF, perlu ke saya teruskan? Atau terus berhenti supaya tak clash dengan ubat-ubat yang doktor akan prescribe? Terima kasih, doktor!

Baca lagi
4y ago

Oooh bahaya juga soalan ni... macam mintak endorsement ni... macam ni la Puan, saya nasihatkan Puan tanya dengan doktor Puan ye... tapi berhati-hati dengan sesuatu produk ye ... pertama tu, setiap ubat pun ada kesan sampingan sendiri. Kedua, mungkin ada produk yang sebenarnya bagus walaupun belum jalani kajian klinikal. Cumanya tetap kena berhati-hati, kena ada statistics, baru lah yakin kan . Ketiga, kita takut juga kalau produk tu ada kebarangkalian utk menurunkan peluang Puan utk berjaya hamil selepas IVF. Apa2 pun saya nasihatkan semua wanita yang menjalani IVF utk bersikap jujur dengan doktor masing-masing. Kalau doktor tanya, makan ubat apa, kena bgtau semua. Ada juga patients sy yang sorok2 pasal ambil supplement sampailah dah transfer, baruuuu dia mengaku... Puan kena ingat, IVF ni bukan murah ya Puan... So biarlah investment puan tu berbaloi...