Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum, Dr. Adilah, Saya ada buat research di Internet dan survey perkongsian dalam group TTC, ramai juga yang buat IUI tapi gagal dan terpaksa buat IVF. Apa beza dua rawatan ni? Dan ada bukti tak mana satu yg lebih menjamin kehamilan?

Baca lagi
4y ago

IVF pula tak perlukan tiub falopio dan dalam bekas yang sama, telur dan sperma diletakkan sekali untuk disenyawakan. Kalau ICSI, sperma akan disuntik masuk ke dalam telur. Dalam IVF, telur dan sperma bertemu dan boleh bersenyawa. Manakala IUI punya, kita tak pasti sama ada telur dan sperma tu bertemu untuk disenyawakan.