Suami garang

Suami saya garang .. kalau gaduh 2-3 hari taknak bercakap .. kita time pregnant perlukan dia sangat hmm 🥺🥺

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

komunikasi penting sis. kalau dia taknak bercakap, sis mulakan dulu. luahkan isi hati sis. apa yg sis nak dia buat utk sis n apa yg sis perlukan. waktu pregnant ni mmg sensitif. kena bagitahu dia. kadang2 orang lelaki ni, dia bukan faham hint hint ke apa. kita cakap je terus apa yg kita nak dan terbuku di hati tu. sbb diorang kurang sensitif, tak macam kita orang perempuan. kalau org layan acuh tak acuh pun kita da terasa hati. kena banyak2 sabar dalam perkahwinan ni. yang penting apa2 jangan pendam dan berahsia. pastu dgn harapan suami paham paham sendiri. sbb dorang mmg takkan paham melainkan kita bagitahu dorang direct. suami sy dulu pun tak pandai pujuk. kalau sy diam, dia pun diam berhari2. tp kita la yg sakit jiwa, duduk 1 rumah tp tak bercakap. lepastu sy bagitahu je yg saya nak dia pujuk sy. kalau sy diam, jangan la dia diam sama. dia suami dia kena lah pujuk sy dulu. lepastu lama2 dia paham. kalau apa2 dia pujuk dulu. dan selalu pesan kt suami, suami kita la yg membentuk kita. kalau dia berkeras dgn isteri begitul jugak lah isteri akan jd. sbb isteri tu cerminan suami. kalau suami ckp baik2, didik isteri baik, maka isteri pun baik.

Baca lagi

saya baru 3 tahun perkahwinan. kenal suami memang la dh 10 tahun baru kawen, tapi betul la org kata.. dh sebantal..baru tahu perangai pasangan mcm mana. suami saya jenis baran juga. tapi, saya tgh mengenali dia aka tengah cuba cari jalan nk menjinakkan dia 😂.. alhamdulillah setakat ni dh thu cemana nk bertindak dan counter. kalini pregnant, saya malas makan hati sebab saya maleh nak layan perasaan mcm masa anak first. kita kena pandai main tarik tali sis. kalau dia jenis boleh makan silent treatment, buat. mcm laki saya xmakan silent treatment ni. either buat muka tebal malas nak layan, atau counter dia dengan cara bijak. kalau suara dia makin naik..jgn naik kan suara dri dia. itu husband saya la. sebab dia ni ego tinggi namampus 😂😂😂 sibbaik dia garang xnaik kaki tangan. kqlau x dah bergusti dah HAHAHAHA

Baca lagi
TapFluencer

perkahwinan ni mcmtu lah. ada pasang surut. ada yg jenis garang, ada yg lembut penyabar. ada yg romantik, ada yg acuh tak acuh. yg mana kita pilih tu, tu la yg kita dpt. benda boleh dilentur lg, kan nak kahwin tu selamanya jika diizinkan. sayang, bertahanlah. mengalah bukan bererti kalah. kecuali dah level naik tangan, ni mmg tak perlu berkompromi. selagi boleh bincang, bincang seeloknya. nak jalani hidup bersama ni bukan sehari dua. kena baaaaanyak sgt sabar, toleransi & komunikasi. berselisih faham tu normal tp jgn sampai tak bercakap. nanti hubungan tu makin jauh, kena sama2 dekatkan diri kpd Allah. solat jemaah sama2 kalau ada kesempatan. moga sis dikurniakan kesabaran yg tinggi & bahagia selalu. jaga diri jgn stress2 ya☺️

Baca lagi

husb sy baran.. Slalu marah2..pantang salah. Sy punya prangai kalau sy sakit hati ke trasa ke, nak marah ke, sy buat silence treatments kat dia. Sy akan diam jer 2-3hari pernah sampai sminggu... Sy buat macam dia xwujud je lam umah. Tp sy masak, iron baju buat semuanya.. Skang dah 7y kawen, bila sy diam dia akan tau ada yg xkena dia buat. So dia akan cakap jer & Tanya apa salah dia. Pastu sy akan gtau laa apa salah dia hahahha.. Sebab hari2 biasa sy memnag banyak cakap. Skang baran dia pun dah hampir xde. Cakap pun dah elok.. Slow2 je.. Anak pun dah nak masuk 2.. Klau prangai nak baran2 xsemenggah Lg memang aku p fail cerai je. Tu cara sy. Cara org xpasti. Lain org lain prangainya.

Baca lagi
2y ago

Terbalik pulak dgn husb saya. Husb saya jenis cool je. Saya yg suka start gaduh. Gaduh pun sebab kantoi dia ada buat salah. Kalau husb saya, saya buat silence treatment dia lagi tak tegur. Saya jugak kena pujuk hati sendiri pergi tegur dia mintak maaf. Time tu kaw kaw saya tibai hahahaha last2 baik mcm tu je. Susah nak gaduh lama2. Gaduh la besar mana, saya sendiri cari dia. Tapi saya tahu kenapa dia tak tegur waktu saya senyap tu. Dia tanak keruhkan keadaan. Dia nak saya cool dulu. Baru boleh bincang. Dah bincang, satu je saya pesan. Jgn ajar saya benda yg saya tanak buat. Jgn cabar saya. Jgn buat lagi. Kalau tak, hantar saya balik rumah mak saya. Terus dia tak buat perangai dah.

Garang, bengis bertempat tak pe. Bukan baran memukul, mengherdik, menghina. Kita perlukan juga sifat garang suami supaya kita tahu limit kita sebagai wife. Tapi kalau sampai memukul, buat report. Tak bercakap tu x pe…org garang ni mudah pujuk dengan kita diam, jangan menjawab bila dia marah, pujuk dan always berlemah-lembut, manja dgn dia. Memang dia cair. 😁😁😁😁 Bila mood dia dah ok tu, slow2 selit maklumkan yang puan perlukan dia sentiasa time macam ni. Bila garang2 bgtau u akan mudah terasa banding biasa. Semoga terus bahagia hingga ke jannah 🌹

Baca lagi

Suami sy pun garang heheh tp dgn saya dia jarang la garang,,sbb sy jenis manja dn dia pun tahu,,luar rumah dn dalam rumah dia lain,pndi buat gurau2 gitu,nnt suami sis ok la tuu lama2 hehe

nak tnya boleh tak kalau last haid 24 hari sampai nak dekat abis bulan dalam masa 23 hari lagi nak abis bulan tu baby dalam kandungan brapa wek ye tolong kira kan boleh tak?

Kena banyak bincang sis. Kalau suami ego, kitalah mengalah. Sy selalu gaduh tak boleh lama. Lepas solat mesti salam2 pastu tetiba baik. Xberkesempatan cari gaduh lama2 huhu

Abaikan. Sekurangnya sis tak sakit hati tgk suami kena urut kepala leher bahu dgn prmpn lain dpn mata masa sarat mengandung.

bersabar la. kalau boleh berbincg. bincg cara elok. suami saya dlu begitu dgn anak sulung. tp dh elok selepas anak ke 3.