Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
♡
UPDATE! kite dah bersalin weee
hi! it's me again hahaha. kan dah janji nak update haritu😂 Alhamdulillah sy selamat bersalin a healthy baby boy (belum sempat tanya berat sbb baby kt NICU, i ada GDM so kena pantau baby dulu 24h). Perjalanan nya tak mudah ya. penuh liku2 yang kalau tanya sekarang eh sumpah takmau hadap lagi. tapi nanti2 kita taktau lah kan. 25/2 sy admit di PAC siap kena marah dtg mlm2 haha 26/2 1st induced Prostin, sy kena IOL sbb GDM on ubat. masa ni jalan 2cm. 27/2 24j selepas 1st induced, 2nd Prostin & masih 2cm. no progress. 28/2 doc check Alhamdulillah ada peningkatan 3cm so tak induce kali ke-3. but the waiting game begin. pepagi tu nurse dah suruh mandi makan sesiap kot kena panggil ke LR. rupanya LR amatlah penuh & sy kena menunggu. 2/3 baru sy dipanggil ke LR, smlm lah kan. masa ni doc check jalan still 3cm & they decided to induce Pitocin. monitor 4 jam, check laluan sekali lg still 3cm. doc pesan kalau another 4 jam masih takda progress, maybe kena emergency czer sbb air ketuban dah pecah & takut baby lemas. jam 11:20pm selepas 8j on drip, still 3cm & takleh tunggu dah. 3/3 sy ditolah masuk ke OT & bermulalah prosedur. Alhamdulillah semua berjalan lancar. setakat pagi ni sy masih bedrest & gula dlm keadaan terkawal. tgh hari jap lg nak tgk baby! tak sabarrrr. cuma sedih sikit baby tak dpt tarikh lahir cantik 2/3/23 tp takpe yg penting semua selamat dah. thanks semua atas doanya. ni dah mmg bahagian sy. sy redha je kena czer. sy rasa sakit kena seluk lg haha dekat 20x kena seluk mmg tak syok😂 sy doakan yg belum bersalin. semuanya dipermudahkan & melalui proses yg amat2 senang 🫶🏻
Debaran kian terasa
baru balik jumpa pakar O&G td. dah dapat tarikh serah diri. sedar tak sedar tinggal 6 hari sahaja lagi nak berjumpa dengan si kecil saya, setelah 5 tahun penantian & sekali keguguran. Alhamdulillah segala puji bg Allah. sy nak minta doa rakan2 dalam ni utk sy diberi jalan mudah melahirkan (walaupun td doc ckp kalau belum ada tanda/rasa nk bersalin akan kena induced). minta doa ya semua. sy juga minta maaf andai pernah mengguris hati sesiapa sahaja di dlm ni. yg buruk sememangnya dari sy, yg baik sahaja dari Allah. moga kalian juga diberi kemudahan dlm apa jua perkara. terima kasih semua☺️🤍 p/s: nanti dah bersalin sy update (ceh mcm la ada yg nk tgk hehehehe)